18 pelajar cemerlang Sebuyau terima insentif

KUCHING – Kerajaan Sarawak sentiasa memastikan setiap anak Sarawak mendapat pendidikan yang sebaiknya dan memberi motivasi melalui pelbagai insentif diberikan.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi, kerajaan Sarawak bersetuju memberi insentif RM8,600 kepada 18 pelajar cemerlang.

“Insentif ini dihadiahkan kepada pelajar yang berjaya menamatkan SPM, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana terutama dari kawasan Sebuyau,” kata beliau.

Tambah beliau, insentif ini bertujuan memberi semangat dan motivasi mereka untuk terus cemerlang dalam bidang akademik.

“Ini membuat mereka sentiasa bersemangat dan berusaha untuk terus berjaya dalam bidang akademik,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan insentif kepada pelajar cemerlang di Menara LCDA pada Selasa.

Julaihi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sebuyau berkata segala bantuan untuk memperbaiki fasiliti sekolah akan terus disalurkan.

“Segala infrastruktur dan fasiliti sekolah akan terus ditambah baik terutama kawasan Sebuyau,” ujar beliau lagi.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan