1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Oleh: Tengku Majid

MUKAH – Sebanyak 1,088 bakul makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Mukah diagihkan kepada penduduk terjejas banjir dalam Program Penyerahan Bantuan Bakul Makanan, di sini, hari ini.

Bantuan tersebut melibatkan 22 buah rumah panjang serta dua buah sekolah di kawasan Kampung Sitieng dan sekitarnya.

Majlis penyerahan bantuan berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib.

Inisiatif ini bertujuan meringankan beban penduduk yang terkesan akibat bencana banjir, khususnya apabila laluan utama terputus dan pergerakan harian terjejas.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, turut hadir membantu petugas mengagihkan bantuan kepada mangsa.

Menurut beliau, penyaluran bantuan tersebut mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat, terutama dalam memastikan keperluan asas penduduk terus terpelihara.

“Diharapkan bakul makanan ini dapat membantu keluarga terlibat sementara menunggu keadaan kembali pulih sepenuhnya.

“Kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat, lebih-lebih lagi apabila berdepan situasi luar jangka seperti bencana alam,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi terlibat dan sukarelawan yang berganding bahu menjayakan pengagihan bantuan meskipun berdepan cabaran laluan terjejas akibat banjir.

Hadir sama, ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi; Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip; Timbalan Residen Bahagian Mukah Peleadzman Ahip dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah, Dariel Thiong Yiew Seng.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen