Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

KINABATANGAN – Kerjasama antara calon dan jentera BN bagi Parlimen Kinabatangan serta DUN Lamag sentiasa berjalan dengan baik sejak Hari Penamaan Calon.

Demikian ditegaskan Calon Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA) bagi menjawab dakwaan dan spekulasi yang sering dimainkan di media sosial berhubung hubungan antara calon serta jentera kempen DUN dan Parlimen di Kinabatangan.

Beliau berkata, koordinasi bersama calon Parlimen, Mohd Kurniawan Naim kekal konsisten walaupun kekangan masa dan keluasan kawasan Parlimen Kinabatangan yang besar menjadi cabaran utama.

“Macam lagu Slam tu ‘Kembali Terjalin’, jadi kita sentiasa bekerjasama. Cuma kita faham keadaan calon Parlimen kita dengan kawasan yang luas dan juga besar.

“Sebab itu beliau pun selalu menyampaikan salam kepada mana-mana kempen yang kita jumpa tapi kita faham keadaan dia.

“Hari ini pun dia berada di DUN Kuamut yang merupakan satu DUN yang begitu besar,” katanya kepada media semasa program Walkabout di Lamag Point, pada Jumaat.

Menurut MIHA, persepsi kononnya wujud ketidakseiringan antara calon serta jentera DUN dan Parlimen yang dimainkan di media sosial tidak menggambarkan situasi sebenar di lapangan.

“Mana-mana kesempatan dia akan bersama dengan kita. Dia turut bersama dalam program kempen dan beberapa program telah dilaksanakan secara bersama.

“Dan esok malam, dia akan bersama-sama dengan kita kerana dia baru ada di sini (kawasan Lamag), “jelasnya.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen