Zoo Johor bakal beroperasi pada waktu malam

JOHOR BAHRU – Sebagai usaha meningkatkan lagi mutu pelancongan di negeri ini, Kerajaan Johor mengumumkan pembukaan operasi Zoo Johor pada sebelah malam yang dijangka bermula pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, perancangan itu dilihat bertepatan dalam menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.

Oleh itu, menurut beliau, beberapa penambahbaikan bagi fasa dua kini giat dijalankan sejak awal bulan ini dengan membabitkan peruntukan sehingga RM7 juta.

“Pembangunan fasa dua ini melibatkan kerja menaik taraf kandang haiwan serta pembangunan Zoo Waktu Malam atau ‘Night Zoo’ yang bakal menawarkan pengalaman lawatan yang lebih interaktif dan berunsur pendidikan.

“Selain itu, ia termasuklah pembinaan kemudahan laluan mesra orang kurang upaya (OKU) dan kereta sorong bayi. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 15 Disember nanti,” katanya ketika meninjau kemajuan kerja pembangunan fasa kedua Zoo Johor, kelmarin.

Terdahulu, beliau memuat naik lawatan berkenaan di Facebook rasminya.

Menurut Mohd Jafni, sejak dibuka semula kepada umum pada 31 Ogos lalu, Zoo Johor menerima lonjakan ketara dari segi jumlah kehadiran apabila berjaya merekodkan hampir 1 juta pelawat berbanding anggaran awal 400,000 pengunjung bagi tempoh setahun sebelum ini.

“Manakala perolehan hasil pendapatan pula dijangka meningkat lima kali ganda kepada RM7 juta setahun.
 
 “Sebagai zoo tertua di Malaysia, pembangunan semula ini akan turut mengambil kira pengekalan elemen warisan sambil memperkenalkan kemudahan moden seperti sistem e-tiket, zon interaktif baharu dan laluan bas ke lokasi sekitar.

“Ia sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon pelancongan keluarga serta pusat pemuliharaan haiwan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Related Posts

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

TAWAU – Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, pada Isnin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa berumur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas