12,000 pecahan karang ditanam di Taman Tun Mustapha, Sabah cipta rekod baharu MBOR

KUDAT – Penanaman sebanyak 12,000 pecahan karang dalam tempoh empat hari yang membabitkan 500 peserta secara rasmi mencatatkan rekod baharu dalam ‘Malaysia Book of Record’ (MBOR) sebagai usaha pemuliharaan marin negara.

Penanaman tersebut dilakukan di dasar laut dalam Kawasan Taman Tun Datu Mustapha (TTM) di Simpang Mengayau (Tip of Borneo) berhampiran Pulau Kalampunian.

Menurut Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Datuk Seri Christina Liew, sebahagian besar projek ini dapat direalisasikan hasil daripada sumbangan dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada pelbagai pihak, termasuk sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Sumbangan ini mencerminkan keyakinan pelbagai pihak terhadap usaha pemuliharaan marin di Sabah dan menjadi bukti bahawa kolaborasi sektor awam dan swasta mampu menjayakan inisiatif pemulihan alam sekitar secara mampan.

“Semangat kebersamaan yang terpancar daripada para peserta penyelam, komuniti, pelajar, dan sukarelawan adalah tonggak kejayaan sebenar acara ini.

“Inilah semangat ‘unite for ocean’, bersatu demi lautan’ yang ingin kita semarakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pelancaran Majlis Pengiktirafan The Malaysia Book Of Record ‘largest Coral Fragment painting Event’ Sempena Ulang Tahun Pewartaan TTM Kali KE-9, di Dewan Tun Mustapha, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Christina berkata TTM telah menjadi perintis kepada pengurusan kawasan perlindungan marin di Sabah, semenjak diwartakan sembilan tahun lalu.

 “Dengan keluasan lebih 898,000 hektar laut dan pesisir, ia menjadikan taman marin sebagai pelbagai guna terbesar di Malaysia dan antara yang terluas di rantau ini.

“Memelihara kawasan seluas ini bukan mudah. Keputusan untuk mewartakan TTM dibuat berasaskan kajian saintifik bertahun-tahun, termasuk pemetaan biodiversiti, analisis habitat kritikal dan penentuan zon pengurusan berdasarkan data.

“Kawasan ini meliputi lebih 50 buah pulau seperti Pulau Banggi, Balambangan, Malawali, Tigabu dan Maliangin, dengan lebih 80,000 penduduk mendiami 53 kampung di pesisir dan pulau,” ujarnya.

Pencapaian tersebut dikendalikan oleh Taman-Taman Sabah sebagai agensi peneraju, bersama World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), komuniti kampung, agensi keselamatan, sukarelawan dan pihak swasta bagi tujuan memperkukuh jaringan pemuliharaan yang inklusif dan efektif.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang