
PEMAIN perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia menebus kekecewaan gagal mara ke final Sukan Olimpik 2024 di Paris apabila menghadiahkan pingat kedua buat negara.
Kejayaan merangkul pingat gangsa tersebut diraih setelah pemain berusia 26 tahun itu menumpaskan Lakshya Sen dari India sebentar tadi.
Dalam aksi di Porte de La Chapelle itu Zii Jia menewaskan Lakshya Sen dalam aksi rubber set 13-21, 21-16, 21-11.
Kemenangan Zii Jia mendapat reaksi segera Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui platform X.
“Tahniah Lee Zii Jia! Satu lagi persembahan memukau yang menghadirkan pingat gangsa kedua untuk negara!,” tulis beliau.
Turut merakamkan ucapan tahniah adalah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
“Terima Kasih Lee Zii Jia kerana hadiahkan pingat kedua Olimpik Paris buat Malaysia tercinta!
“Tahniah!! We are so proud of you,” tulisnya juga melalui platform X.