Zahid rakam tahniah pasukan MLBB Malaysia muncul juara dunia

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan e-sukan Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) Malaysia yang menjuarai Kejohanan Dunia IESF 2024 di Riyadh, Arab Saudi, lewat malam tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara merangkul kejuaraan.

“Tahniah! Anda buat kami bangga sekali lagi (Well done, boys! You’ve made us proud once again). Saya doakan lebih banyak kejayaan buat skuad Malaysia,” katanya.

Pada aksi grand final itu, skuad negara menumbangkan Filipina 2-0, menyaksikan mereka membawa pulang wang kemenangan berjumlah US$70,000 (RM313,180).

Pasukan Malaysia dibarisi hampir sepenuhnya pemain Selangor Red Giants diketuai Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie), Ilman Zareef Zulkifli (Gojes) dan ‘Gold Laner’ pasukan JP Niners, Ealtond Rayner (Lolealz).

Related Posts

Alonso dipecat, Arbeloa jadi jurulatih baharu Real Madrid

REAL Madrid mengumumkan pengendalinya, Xabi Alonso ‘meninggalkan’ kelab gergasi Sepanyol itu menerusi persetujuan bersama, dengan bekas pemain mereka, Alvaro Arbeloa, dilantik sebagai pengganti. Keputusan itu dibuat sehari selepas Real tewas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Carrick mungkin dipilih pengendali Manchester United

MICHAEL Carrick kini berada di ‘petak depan’ untuk dinamakan sebagai pengurus sementara Manchester United hingga penghujung musim, menurut laporan media. BBC dan Sky Sports dilaporkan berkata, perbincangan antara pengendali berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam