Zahid bidas MB Kelantan isu tanah Kesedar

GUA MUSANG – Masalah tanah peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) adalah di bawah bidang pusat, jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menolak dakwaan Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud bahawa isu tanah peneroka Kesedar hanya boleh diselesaikan kerajaan negeri.

“Saya ingin balas tuduhan mengatakan bahawa tanah milikan Kesedar adalah tanah dimiliki Kerajaan Kelantan.

“Pada hakikatnya kita tahu bahawa Kanun Tanah Negara menyatakan, mana-mana tanah yang telah dibayar premium geran tanahnya di bawah Kesedar, ia adalah milik Kesedar,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan mengenai perkara itu dilihat cubaan untuk mengelirukan peneroka di semasa musim pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri ketika ini.

Kerajaan Kelantan sebelum ini menyatakan kesediaan untuk meluluskan pemberian geran tanah kepada peneroka sekiranya Kesedar menyelesaikan bayaran premium tanah.

Menteri Besar Kelantan berkata, hanya kerajaan negeri boleh menyelesaikan isu pemberian geran kepada peneroka Kesedar.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memaklumkan pembahagian tanah peneroka dan peserta di semua agensi di bawah Kesedar akan diagihkan secara faraid.

Ia berbanding sistem sebelum ini yang hanya diberikan kepada anak sulung selepas kematian peneroka.

Jelas Ahmad Zahid, pendekatan itu dilakukan bagi mengelak sebarang masalah timbul.

“Dari segi pemilikan tanah, kita tidak mahu mengulangi kesilapan di mana sebelum ini pewaris adalah anak sulung kepada peneroka yang meninggal, sebaliknya pembahagian akan dilakukan secara faraid.

“Perkara ini sedang kita lakukan kerana kita tidak mahu menimbulkan sebarang masalah dalam keluarga terutama mereka yang mempunyai lebih seorang anak,” katanya.

Related Posts

Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
20 penjawat awam tamat kursus AI di China

PUTRAJAYA – Seramai 20 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan berjaya menamatkan kursus intensif teknologi kecerdasan buatan (AI) selama enam bulan di China, semalam. Kumpulan itu turut disertai seorang pegawai Suruhanjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

  • By Fatin
  • December 5, 2025
Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat