Yusuf Azmi tak mahu komen isu Muhyiddin, dakwa hanya kepentingan dua parti politik

“SAYA tidak mahu berikan komen, kerana ia adalah kepentingan dua parti politik,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM), Yusuf Azmi.

Menerusi hantaran video di Facebook, Yusuf menjelaskan ‘kehilangannya’ kerana tiada keperluan baginya untuk memberikan komen selain daripada cakna isu berkenaan masyarakat yang hanya sekadar melibatkan kepentingan dua parti politik.

“Kepentingan dua parti politik ini adalah berbeza untuk saya masuk campur sebab parti ini ada keutamaannya masing-masing.

“Mungkin mereka mempunyai prinsip serta misi dan visi yang tersendiri, kalau mereka untung adakah mereka beri kepada kita, kepada seluruh rakyat Malaysia? Kalau beri kepada kita Alhamdulillah,” katanya di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Yusuf berkata, beliau tidak gemar untuk mengulas isu ini lalu menjadi punca perbalahan netizen di media sosial yang berbeza pendapat.

Tambahnya, beliau turut mewakili rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO), berpendirian amat berhati-hati dalam melontarkan sebarang isu selain isu berkaitan agama Islam dan masyarakat sahaja.

“Saya tidak suka bercakap tentang soal sindiran, soal fitnah memfitnah, mengapi-apikan atau mencari kesalahan yang membolehkan netizen di media sosial dengan makian, hasut demi hasutan serta penghinaan.

“Sebab itu saya lihat kalau institusi Raja-raja Melayu ini dimainkan di media sosial seolah-olah saya tidak menghormati sebab pendirian kita dan rakan-rakan NGO di Malaysia ada batas.

“Kita bercakap tentang agama, ketika Islam itu ditindas, ketika Raja-raja dihina dan ketika ini saya lihat antara komponen dua parti di mana mereka ini mempunyai keutamaan mereka sendiri,” katanya.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

MADANI membina jiwa bangsa

MADANI membina jiwa bangsa