Orang Asli terkesan projek Empangan Nenggiri mula pindah 2026

GUA MUSANG – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan masyarakat Orang Asli yang terkesan dengan pembinaan Empangan Nenggiri dijangka akan dipindahkan ke penempatan baharu pada pertengahan 2026.

Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco), Ir Muhamad Nazri Pazil berkata, setakat ini belum ada impak kepada komuniti itu kerana kerja pembinaan baharu berjalan sebanyak 40.5 peratus.

“Bagaimanapun, proses penempatan baharu sedang dilaksanakan. Pada masa ini tempat yang terlibat dengan Orang Asli masih tiada apa-apa pekerjaan yang dilakukan.

“Orang Asli yang terlibat masih ada di kawasan kampung mereka,” katanya semasa Lawatan Media ke Tapak Projek Hidroelektrik Nenggiri, semalam.

Media tempatan pada 5 Jun lalu melaporkan lebih 800 penduduk Orang Asli kaum Temiar yang terbabit dengan projek Empangan Nenggiri berharap projek itu siap mengikut jadual.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tohoi, Jenny Adik berkata, dia difahamkan pembinaan penempatan baharu seperti rumah, ladang serta sekolah untuk Orang Asli di Pos Tohoi dan Pos Pulat sedang dilakukan.

Penduduk bersedia untuk berpindah pada bila-bila masa sekiranya diarahkan pihak berwajib.

Untuk rekod, Empangan Nenggiri dibangunkan dengan kos RM5 bilion bagi menjana 300 mega watt (MW) elektrik dan dijangka beroperasi mulai 2027.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan