YPK tunai hasrat Allahyarhamah Sharifah Azizah bantu pasangan diri rumah tangga

KLUANG – Yayasan Prihatin Kluang (YPK) bercadang menjadikan Majlis Perkahwinan Mega sebagai acara tahunan seiring dengan hasrat niat murni membantu pasangan B40 mendirikan rumah tangga.

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Zon Ilham, Abdul Hamid Dahlan berkata, program ini pada asalnya merupakan buah fikiran daripada penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain tetapi tergendala berikutan pemergiannya.

Menurut Abdul Hamid, setelah dibincangkan semula dengan pihak YPK dan mereka sepakat untuk meneruskan program berkenaan.

“Ini adalah program permulaan di bawah YPK dan saya sendiri pernah menganjurkan tiga kali program sebegini dengan kerjasama beberapa pihak. Ini kali keempat.

“Insya-Allah jika ada rezeki dan ada bajet pihak kami memang nak bantu golongan B40 dalam keadaan kos sara yang semakin meningkat.

“Program ini pada asalnya dimulakan oleh Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah kemudian tergendala kerana pemergian beliau dan kami membuat keputusan bersama pihak YPK untuk meneruskan di samping menunaikan hasrat pengantin-pengantin. Jadi insya-Allah, dapatlah kita laksanakan,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press di Dewan Sharifah Azizah, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, program itu juga dirancang dalam masa yang singkat ketika hayat Allahyarhamah yang berniat membantu masyarakat di sekitar kawasan berkenaan untuk mendirikan masjid.

Tambahnya lagi, pihak YPK menyediakan majlis perkahwinan secara percuma merangkumi kos katering dan penyediaan dewan manakala pasangan pengantin cuma perlu membayar, upah nikah, tatarias serta busana pengantin.

Sementara itu, salah seorang peserta, Nur Syairah Ahmad Mahmud, 32, berkata, dia dan pasangannya, Mohammad Irham Muhsin Mislan, 30, mendapat informasi berkenaan program ini daripada kenalan terdekat.

Katanya, inisiatif ini memudahkan mereka untuk melangkah ke alam perkahwinan walaupun setelah ketiadaan Allahyarhamah Sharifah Azizah.

“Inisiatif pihak yayasan ini memudahkan kami, sebab kalau dulu jika Allahyarham Datuk Sharifah Azizah, beliau akan taja semua.

“Tapi beliau pun dah tiada nak buat bagaimanakan. Kami keluarkan sedikit perbelanjaan (upah nikah, tatarias dan busana pengantin).

“Kami tak pernah jumpa secara bersemuka tetapi masyarakat sekeliling amat menyenangi kepimpinan beliau,” katanya.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi