Yayasan Kebajikan Sabah bukti kerajaan negeri santuni rakyat memerlukan, ditimpa musibah

TAWAU – Penubuhan Yayasan Kebajikan Sabah membuktikan keprihatinan kerajaan Sabah dalam menyantuni rakyat yang memerlukan khususnya mereka yang ditimpa musibah seperti kebakaran, banjir dan kemalangan.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, inisiatif berkenaan diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada 2021 hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan korporat dan pihak swasta.

“Daripada tabung inilah kita telah dapat membantu ramai rakyat Sabah yang ditimpa musibah bukan sahaja musibah kebakaran tetapi banjir, kemalangan dan sebagainya.

“Alhamdulillah di bawah kepimpinan beliau bukan sahaja ada rumah SMJ, bantuan sentuhan rakyat, tetapi juga tabung ini yang menunjukkan keprihatinan beliau memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara selaras dengan teras pembangunan Sabah Maju Jaya yang menekankan aspek modal insan dan kesejahteraan rakyat,” katanya kepada media selepas penyerahan bantuan tunai kepada 80 KIR mangsa kebakaran Kampung Tawau Lama, di Majlis Perbandaran Tawau, pada Sabtu.

Nizam yang juga ADUN Apas berharap bantuan berkenaan dapat menceriakan mangsa terlibat terutama ketika umat Islam kini berada di penghujung 10 malam terakhir Ramadan dan sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Nizam turut menggalakkan lebih banyak syarikat korporat, pihak swasta serta individu yang berkemampuan untuk bersama-sama menyumbang kepada tabung kebajikan berkenaan bagi memastikan lebih ramai rakyat yang memerlukan dapat dibantu.

Sementara itu, penerima bantuan, Asmad Rahim, 34, menzahirkan kelegaan dan terima kasih kepada Hajiji atas keprihatinan membantu mereka yang terkesan kebakaran.

“Alhamdulillah walaupun mungkin kecil bagi pemberi tapi besar bagi kami penerima.

“Bantuan ini kami akan guna sebaiknya untuk membeli barangan keperluan raya dan tetap semangat walaupun serba kekurangan,” ujarnya.

Sakka Laddi, 54, turut bersyukur dan menyatakan untuk membeli kayu dan zink. membina semula rumahnya.

“Kami bina rumah semula sekarang baru habis timbun. Syukur Alhamdulillah sebab adalah bantuan RM1,000 ini untuk membeli keperluan rumah,” katanya.

Pada 2 Februari lepas kira-kira pukul 10.15 pagi, 40 rumah musnah dijilat api menyebabkan 80 KIR bersama lebih 300 isi rumah tinggal sehelai sepinggang.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM