WINK terpilih laksana program kejiranan, kepimpinan

KUANTAN – Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) mencatat pencapaian membanggakan apabila terpilih daripada 50 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara bagi melaksanakan Program Kejiranan dan Kepimpinan (PKK).

Program itu di bawah Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG).

Untuk rekod, APPGM-SDG adalah inisiatif parlimen Malaysia yang menyokong usaha global mencapai 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang tahun 2030.

Pengerusi WINK, Sridayu Samsuri berkata, pelaksanaan PKK menjadi wadah penting dalam membantu komuniti setempat, membina masyarakat yang inklusif dan berdaya tahan tanpa meminggirkan mana-mana kelompok.

“Bagi menjayakan program ini, WINK bekerjasama dengan Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Berjaya Permai di Tanjung Lumpur.

“Inisiatif ini turut mendapat sokongan pelbagai pihak antaranya Masjid As-Syakirin Berjaya Permai, Masjid Tareq Ziyad Kempadang Perdana, Pusat Aktiviti KEMAS Sungai Soi, KRT Bandar Kuantan Putri.

“Turut serta KRT PPAK Kempadang Perdana, Persatuan Penduduk Berjaya Permai, JPKK Kampung Kempadang, Sekolah Kebangsaan Sungai Soi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi,” katanya.

Beliau menjelaskan, satu Program Pembangunan Kepimpinan Komuniti diadakan pada Oktober lalu di Hotel Megaview Kuantan.

Program itu disertai 30 ahli jawatankuasa kejiranan yang membincangkan pelan tindakan bagi memperkukuh pembangunan komuniti dan menghasilkan beberapa cadangan program bersama yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Program itu turut disertai Ahli Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Fakhrul Anuar Zulkawi, yang berkongsi pandangan mengenai isu perbandaran serta pengalaman MBK dalam memperkasakan masyarakat melalui projek Kebun Komuniti, yang bukan sahaja menjana pendapatan malah menggalakkan aktiviti sihat dan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah