Waytha saman PM: Penafian PN, Takiyuddin dedah politik pura-pura pembangkang

KENYATAAN Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menafikan sebarang kaitan PN dengan saman Waytha Moorthy terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah cubaan melarikan diri dari bayang-bayang sendiri.

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, Takiyuddin hadir pada sidang media Waytha tetapi cuba menafikan pembabitan beliau dan itu bukan politik matang malah ia adalah politik pura-pura.

Katanya, kehadiran seorang pemimpin kanan PN di pentas yang sama pada isu sebesar itu bukan sekadar ‘tersinggah minum kopi’ .

Ini jelas menunjukkan isyarat sokongan politik yang jelas kepada tindakan saman tersebut.

“PN tidak boleh berlakon seolah-olah mereka tidak tahu menahu, sedangkan pemimpin tertinggi mereka berada di barisan hadapan acara itu.

‘Ini bukan kali pertama PN cuba main silap mata depan rakyat kata lain, belakang buat lain.

“Kalau hadir sidang media bukan tanda sokongan, satu hari nanti tak mustahil Takiyuddin hadir mesyuarat DAP pula lepas itu kata tak terlibat,” katanya.

Tambahnya lagi, andainya PN tidak terlibat , mengapaTakiyuddin sendiri hadir?

Apakah ini strategi politik untuk menyerang Perdana Menteri melalui pihak ketiga sambil berlindung di balik tadbir, soal Mahfuz.

“Politik pura-pura seperti ini membuktikan PN sanggup menggunakan sesiapa sahaja sebagai ‘alat’ demi memenuhi agenda mereka walaupun terpaksa memutar belit fakta di hadapan rakyat.

“Kalau berani akui sahaja pendirian. Jangan hadir sidang media pihak yang menyaman PM, kemudian berpura-pura kata tiada kaitan.

“Rakyat tidak bodoh untuk percaya skrip drama politik seperti itu. Takiyuddin ni macam pelakon tambahan ada dalam babak penting tapi lepas itu kata dia cuma lalu tepi set,” katanya.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO