Usahawan diseru manfaat pembiayaan, bayar hutang untuk keberkatan

KANGAR – Usahawan di negeri ini diseru memanfaatkan sepenuhnya peluang pembiayaan dan kemudahan perniagaan yang disediakan bagi memastikan kelestarian serta daya saing perniagaan mereka.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kemudahan seperti pembiayaan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, lot perniagaan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan kelulusan lesen perniagaan adalah aset penting yang wajar digunakan sebaik-baiknya.

“Jangan cepat berpuas hati dengan pencapaian semasa, sebaliknya terus berusaha untuk membawa perniagaan ke tahap lebih tinggi,” titah baginda.

Titah baginda lagi, dana dan peluang yang diperoleh perlu diurus dengan penuh integriti dan tanggungjawab tanpa diserah kepada pihak ketiga yang tidak berhak.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Program Taklimat Usahawan Negeri Perlis 2025 di sini.

Menurut baginda, disiplin, pemikiran kreatif, perancangan kewangan yang teliti serta ilmu pengetahuan kukuh menjadi kunci utama kejayaan usahawan di negeri ini.

“Usahawan juga perlu peka terhadap perkembangan ekonomi global, memahami kehendak pasaran dan berani meneroka peluang baharu,” titah baginda lagi.

Tuanku Syed Faizuddin turut berpesan supaya mereka yang berhutang melunaskannya demi keberkatan hidup dan rezeki, selain memastikan urusan perniagaan sentiasa mematuhi syariat agama.

Related Posts

Pemuda PBB desak isu rumah, judi online ditangani segera

KUCHING – Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menggesa kerajaan agar memberikan perhatian serius terhadap isu pemilikan rumah serta masalah sosial seperti judi dalam talian yang semakin membimbangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

KUANTAN – Pemuda UMNO Negeri Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, Jumaat lalu. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda PBB desak isu rumah, judi online ditangani segera

Pemuda PBB desak isu rumah, judi online ditangani segera

JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat