Warung mee calong musnah terbakar

KUANTAN – Seorang tukang masak cemas apabila premis tempatnya mencari rezeki musnah dalam kebakaran di Joe Warung Mee Calong, dekat Beserah, kira-kira jam 4.20 petang semalam.

Asiah Abdullah, 44, berkata, ketika kejadian, dia berada di meja hadapan bersama beberapa pelanggan yang sedang menikmati hidangan petang.

Menurutnya, api besar secara tiba-tiba menyambar dari arah dapur menyebabkan semua yang berada dalam kedai panik dan segera menyelamatkan diri.

“Masa itu saya duduk hendak makan nasi, tiba-tiba nampak api besar dari dapur dan terus lari keluar.

“Saya nampak lima hingga enam meja ada pelanggan ketika itu, semua bangun dan berlari keluar. Nasib baik tiada siapa yang cedera,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.

Asiah berkata, api merebak terlalu pantas dan semua peralatan – termasuk barangan dapur, telefon bimbit dan wang tunai – musnah dalam kejadian itu.

Dia memaklumkan kebakaran dipercayai berpunca akibat kebocoran gas semasa seorang pekerja menukar tong baharu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu jam 4.35 petang.

Menurutnya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan tiba di lokasi kejadian dan memulakan operasi pemadaman kira-kira jam 4.47 petang.

“Kebakaran melibatkan 70 peratus daripada keseluruhan struktur warung yang berukuran 70 kaki x 30 kaki.

“Pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran salur bantu mula dari pam tangki jentera bomba,” katanya sambil menambah bahawa kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.21 petang.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16