Warga emas tersepit, kereta bertembung di Jalan Berungis, Papar

PAPAR – Pasukan Bomba berjaya mengeluarkan seorang lelaki warga emas berumur 77 tahun yang tersepit akibat kemalangan pertembungan dua kereta di Jalan Berungis, di sini pada Jumaat.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis Toyota Hiace bertembung dengan sebuah kenderaan Toyota RAV4.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan Toyota RAV4 dan telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba menggunakan peralatan khas.

“Manakala dua orang mangsa di kenderaan Toyota Hiace tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Katanya, mangsa seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Seramai 11 anggota BBP Papar bersama komander operasi PBK II Dahlan Jainudin dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 3.49 petang.

Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud operasi ditamatkan pada pukul 4.42 petang.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen