Warga emas terima 20 jahitan, rumah dihempap pokok kekabu

KUALA KRAI – Seorang wanita warga emas menerima 20 jahitan pada bahagian kepala dan telinga selepas rumahnya dihempap pokok kekabu akibat ribut di Kampung Bedal Hilir di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Ismini Samat, 64, yang tinggal sendirian ditimpa serpihan kayu daripada bumbung rumah yang runtuh.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian, Pegawai Bomba Kanan II Juniman Junoh berkata, mangsa menerima empat jahitan di kepala dan 16 jahitan di telinga.

“Mangsa menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra dan telah pulang ke rumah hari ini,” katanya pada Isnin.

Menurut beliau, kejadian ribut tersebut telah menyebabkan bahagian bilik dan ruang tamu rumah warga emas terbabit rosak teruk akibat ditimpa pokok kekabu bersaiz empat meter lebih.

Ujarnya, rumah tersebut hanya didiami oleh Ismini kerana tiga anaknya berada di luar Kelantan, lapor Sinar Harian.

Juniman memberitahu, seramai tujuh anggota ditugaskan untuk kerja-kerja menyelamat dan membersihkan pokok tumbang.

Related Posts

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

KUANTAN – Keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menarik balik sijil halal dimiliki dua syarikat berpengalaman luas dan terbabit secara langsung dalam industri penyediaan makanan di negeri ini dilihat sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

BINTANGOR – Penyelewengan 5,030 liter diesel terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sarikei menyerbu sebuah premis di Sungai Medor, di sini pada Khamis. Tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000