Warga emas maut dipijak gajah liar

LAHAD DATU – Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai dipijak seekor gajah liar dalam kejadian di Ladang Begahak 2, Jalan Tungku, di sini, petang Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, mangsa berumur 69 tahun bersama anak lelakinya, 38, sedang menutup pagar kebun sebelum pulang dari ladang kelapa sawit.

“Tiba-tiba mereka diserang seekor gajah liar menyebabkan mangsa tidak sempat melarikan diri lalu dipijak haiwan berkenaan.

“Anak mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan sempat menjerit meminta pertolongan serta cuba mengalih perhatian gajah tersebut sebelum haiwan itu beredar, ” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Jimmy berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mengalami kecederaan parah termasuk patah tulang kaki betis dan tulang rusuk.

Difahamkan, gajah tersebut bertindak bersendirian dan bukan dalam kumpulan selain polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut (SDR).

Jimmy menasihatkan penduduk khususnya di kawasan Tungku agar sentiasa berwaspada dengan kehadiran gajah liar demi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori