LAHAD DATU – Seorang warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan kebun sawit di FELDA Sahabat 5, Desa Kencana di sini, pada Selasa ditemukan selamat, pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua membawa kepada penemuan mangsa berumur 75 tahun itu kira-kira pukul 11.40 pagi.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan selamat oleh ahli keluarganya pada jarak 300 meter dari rumah.
“Operasi tamat 12.45 tengah hari tadi,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.
Untuk rekod, pihak bomba menerima panggilan berkaitan kehilangan mangsa pukul 1 petang pada Selasa sebelum SAR kemudian dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk penduduk kampung di kawasan terakhir mangsa dilihat iaitu 200 meter dari kawasan rumah dan kebun sawit.






