RAFFTECH bangunkan platform perolehan maklumat perniagaan berteknologi tinggi, bayar guna e-dompet

KUALA LUMPUR – Raffcomm Technologies Sdn Bhd (RAFFTECH) memperkenalkan program ganjaran SSM e-Info dan Aplikasi Mudah Alih 3.0, yang menjadi platform perolehan maklumat perniagaan digital berteknologi terkini.

RAFFTECH yang merupakan anak syarikat kepada Raffcomm Sdn. Bhd. (RAFFCOMM),
telah menjadi pintu utama yang dipercayai oleh perniagaan dan orang awam untuk mencari, mengakses dan membeli maklumat korporat syarikat serta perniagaan yang diperbadankan dan didaftarkan di Malaysia.

Pengerusi Eksekutif RAFFCOMM, Datuk Md Afendi Hamdan berkata, inisiatif ini mencerminkan langkah strategik dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan digital untuk manfaat masyarakat dan komuniti perniagaan di Malaysia.

Menurutnya, program ganjaran SSM e-info menampilkan pelbagai peringkat ganjaran berbeza berdasarkan mata terkumpul yang kekal sah selama enam bulan dari tarikh perolehan dan boleh ditebus menerusi aplikasi.

“SSM e-Info merupakan satu-satunya portal dan aplikasi yang menawarkan e-dompet serta fungsi aplikasi mudah alih yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membolehkan pengguna mendapatkan dan mengesahkan maklumat korporat pada bila-bila masa, di mana sahaja.

“Aplikasi Mudah Alih SSM e-info berfungsi sebagai alat penting untuk mengakses maklumat komprehensif korporat yang berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Ia direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan ahli perniagaan, pelabur dan pihak perundangan yang memerlukan akses segera kepada data masa nyata mengenai latar belakang syarikat yang beroperasi di Malaysia,” katanya ketika berucap merasikan aplikasi tersebut di Hotel Seri Pasifik, pada Rabu.

Bertemakan ‘beli, kumpul dan tebus’, Md Afendi berkata, pelancaran aplikasi itu memperkenalkan ekosistem ganjaran digital baharu untuk pengguna SSM e-info yang memberi ganjaran dan kelebihan dalam setiap transaksi.

Katanya, pengguna dunia digital ketika ini bukan sekadar mencari maklumat, namun mencari pengalaman lancar, pantas di samping mahukan sesuatu yang berbaloi.

“Itulah sebabnya kami mengambil langkah berani untuk mereka bentuk dan membina semula aplikasi mudah alih SSM e-info. Dengan hanya beberapa klik, pengguna mempunyai aksss kepada pelbagai perkhidmatan rasmi di hujung jari mereka.

“Penampilan baharu aplikasi ini kini lebih mudah dibaca dan mesra pengguna. Rangkaian perkhidmatan komprehensif termasuk maklumat syarikat dan perniagaan seperti sijil penubuhan dan pemfailan berkanun lain diambil secara real-time,” katanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang