Wanita Rohingya tak serik lakukan kegiatan pecah rumah

JOHOR BAHRU – Meskipun telah dituduh di mahkamah dan perbicaraan sedang berjalan kerana terlibat dalam kes pecah rumah sebelum ini, seorang wanita etnik Rohingya dilihat tetap berdegil apabila terus aktif melakukan jenayah sama.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, suspek berusia 34 tahun yang terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak 10 tahun lalu itu sekali lagi ditahan bersama lima suspek daripada etnik sama selepas dipercayai terlibat kegiatan pecah rumah di negeri ini dan Melaka sejak enam bulan lalu.

Katanya, kesemua tangkapan berusia 15 hingga 34 tahun itu telah ditahan di Kota Tinggi dalam satu operasi bermula 29 September lalu.

“Kita percaya semua yang ditahan ini mempunyai pertalian keluarga, tetapi belum dapat disahkan kerana ketika tangkapan tiada dokumen dikemukakan.

“Mereka juga sepakat, susah nak bercakap (buat pendedahan, pengakuan atau buka rahsia antara mereka). Hanya dua daripada suspek termasuk wanita yang juga dalang kumpulan ini mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Empat lagi suspek tidak mempunyai sebarang dokumen,” katanya dalam sidang media dipaparkan secara langsung di Facebook Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Menurutnya, kumpulan berkenaan aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di kawasan Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Batu Pahat dan Melaka.

“Suspek wanita ini bersama-sama seorang lagi yang mempunyai kad UNHCR sudah dituduh atas kes pecah rumah di mahkamah dekat Pontian pada awal Februari lalu dan kes masih dalam perbicaraan.

“Namun, sementara menunggu perbicaraan, wanita ini masih lagi melakukan kegiatan pecah rumah dan dia dipercayai sudah aktif melakukan jenayah ini sejak tahun 2014,” katanya.

Kumar berkata, kumpulan terbabit menyasarkan kawasan perumahan mewah yang tiada pengawal keselamatan dan bergiat aktif pada waktu siang.

“Ahli kumpulan berkenaan akan memantau kawasan sekitar rumah untuk memastikan tiada pergerakan dalam rumah dan seterusnya menggunakan pemutar skru dan pahat kecil untuk mengumpil masuk ke dalam rumah,” katanya

Menurutnya, kumpulan itu akan menyasarkan wang tunai, barang kemas, jam tangan, beg berjenama dan barangan lain yang berharga serta mudah dijual.

“Kita turut merampas barang dipercayai hasil pecah rumah bernilai RM675,000 membabitkan wang tunai, barang kemas, beberapa beg dan jam tangan berjenama yang dilaporkan hilang.

“Turut dirampas, beberapa kenderaan dan barangan yang digunakan kumpulan berkenaan untuk melakukan pecah rumah,” katanya.

Beliau berkata, dengan tumpasnya kumpulan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan 21 kes pecah rumah di sekitar Johor sejak awal tahun ini yang menganggarkan kerugian sebanyak RM1.25 juta.

Semua suspek disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menerima atau menyimpan harta curi.

Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Kumar berkata, pihaknya masih mengesan seorang lagi ahli kumpulan itu bernama Mohammad Shukur Mohamad Salim yang masih bebas.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan