Pas tak bayar gaji guru Pasti, mereka ‘malaikat’ juga ke? – Khairuddin Takiri

AHLI Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memulangkan ‘paku buah keras’ kepada pembangkang terutamanya Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan mempersoalkan gaji guru-guru Pusat Tunas Asuhan Islam (Pasti).

Khairuddin berkata, jika Tuan Ibrahim semalam melabel Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘malaikat’ kerana tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri sedangkan Rasul pun mengambil peruntukan yang disediakan Allah.

“Datuk Tuan Ibrahim menyindir Anwar kerana tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dengan alasan Rasul pun mengambil peruntukan yang Allah sediakan. Katanya Perdana Menteri ini ‘malaikat’ agaknya.

“Barangkali itu bertujuan menjadi dalil untuk pimpinan Pas mengambil gaji dan elaun sebagai menteri, menteri besar, ahli Parlimen, Exco dan pengerusi GLC. Jadi kalau begitu, pimpinan Pas perlu kasihankan pekerja-pekerja parti seperti Pasti yang tidak diberi gaji dan elaun kerana mereka diumumkan oleh Pemuda Pas sebagai sukarelawan tanpa reda mereka.

“Guru-guru Pasti ini ‘malaikat’ barangkali yang tidak makan dan minum, tidak ada rumah dan tiada kenderaan hanya terbang dengan sayap. Begitu juga pekerja parti di pejabat Pas yang menerima gaji kecil RM400-500 sahaja sebulan. Mereka juga ‘malaikat’ barangkali,” bidas bekas Ahli Majlis Syura Ulama Pas itu dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Jadi kata Khairuddin, sindiran Tuan Ibrahim sebenarnya sindiran kepada guru-guru Pasti dan pekerja parti yang atas nama perjuangan mengorbankan gaji mereka.

“Jadi guru Pasti sukarela atas nama perjuangan tak mengambil gaji sebagaimana Perdana Menteri sukarela atas nama keyakinan perjuangan beliau tidak menerima gaji.

“Mereka ini yang disindir oleh Tuan Ibrahim. Guru Pasti tak terasa ke? Saya pun terasa juga kerana sukarela menjadi Penasihat Agama TPM tanpa gaji,” ujarnya.

Semalam, pembangkang di Dewan Rakyat mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh pendapatan sekiranya benar beliau tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan-jawatan yang digalasnya.

Induk soalan itu dicetuskan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin membahaskan Belanjawan 2025.

“Saya sokong apa yang disebut perlunya satu kajian yang terperinci, data yang ada waktu kita (kerajaan sebelum ini) menaikkan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500… sebenarnya masih belum selesai dan saya rasa dia Perdana Menteri (PH-Tambun) tak boleh berselindung di sebalik dia tak ambil gaji.

“Ya konon dilindungi dengan hasrat tersebut. Sebab kalau tengok dari segi data yang ada, Rasul pun ada peruntukan yang Allah bagi ni, ni nampak lebih daripada Rasul ni.

“Ya mungkin dia (Anwar) ‘malaikat’ kot, dia tak makan gaji. Ataupun dia mungkin transfer saja, (maksudnya) dia tak ambil tapi dia online.

“Jadi saya minta komen sebab kadang-kadang kenyataan beliau berselindung di sebalik kononnya kerajaan yang ada ini berselindung kami pun tak ambil gaji, Perdana Menteri pun tak ambil gaji,” seloroh Tuan Ibrahim di Dewan Rakyat pada Isnin.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan