Wanita maut dipercayai dikelar suami

PULAU PINANG – Seorang wanita dipercayai warga asing ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman di sebuah flat di Batu Maung, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat berlumuran darah pada jam 9.50 malam.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa seorang wanita warga asing berumur 30-an berada dalam keadaan terlentang di kaki lima tingkat 3 di flat tersebut.

“Pemeriksaan awal di badan mangsa mengesan luka tikaman di bahagian leher, dada dan kaki disyaki disebabkan senjata tajam,” katanya, lapor Buletin TV3.

Katanya, polis mengenalpasti seorang suspek warga Myanmar, Khin MG Myo, 34, dan usaha menjejakinya giat dijalankan.

Menurut sumber, suspek dipercayai suami mangsa yang tinggal bersamanya di flat berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Related Posts

Program NANBA akan diperluas ke serata negara

KULAI – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperluaskan pelaksanaan Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) ke serata negeri sebagai usaha mendekati masyarakat berbangsa India di kawasan-kawasan terpilih. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perahu naga bukan sekadar sukan tapi jalin budaya, semangat komuniti

KOTA KINABALU – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, perlumbaan perahu naga kini menjadi platform persahabatan, pertukaran budaya dan semangat komuniti, bukan sekadar acara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

  • By Suri
  • May 17, 2025
DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

Mangsa penipuan dalam talian catat kerugian hampir RM800 juta

  • By Suri
  • May 17, 2025
Mangsa penipuan dalam talian catat kerugian hampir RM800 juta

Kemahiran TVET tak dapat diganti dengan AI – Nie Ching

  • By Suri
  • May 17, 2025
Kemahiran TVET tak dapat diganti dengan AI – Nie Ching

Program NANBA akan diperluas ke serata negara

  • By Suri
  • May 17, 2025
Program NANBA akan diperluas ke serata negara

Pencalonan Nurul Izzah: Bukan soal nepotisme, tetapi legitimasi akar umbi

Pencalonan Nurul Izzah: Bukan soal nepotisme, tetapi legitimasi akar umbi

Khairy, Shahril sepakat Nurul Izzah berpotensi sebagai Timbalan Presiden PKR

Khairy, Shahril sepakat Nurul Izzah berpotensi sebagai Timbalan Presiden PKR