Wanita maut dilanggar lori ketika lintas jalan beli jambu

KUANTAN – Seorang wanita maut manakala suami dan tiga anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Taman Pertanian Jubli Perak, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Khaltom Mohamad Danyan, 41, yang beralamat di Paka, Terengganu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Indera Mahkota, jam 10.20 malam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suami mangsa, Mohd Balkini Sofian, 45, yang juga imam Masjid Jamek Paka, bersama dua anak mereka, Ahmad Luqmanul Hakim, 20, dan Ahmad Warash Tasyriq, 6, kini dirawat di zon kuning hospital sama.

“Seorang lagi anak mangsa, Nur Ainul Mardhiah, 8, mengalami kecederaan parah dan dirawat di zon merah,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, pemandu lori jenis Hino berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal mendapati keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Paka selepas menjemput anak mereka, Ahmad Luqmanul Hakim dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS).

“Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta Proton Saga itu berhenti di bahu jalan untuk membeli jambu di gerai seberang jalan.

“Pasangan suami isteri itu sedang melintas jalan apabila lori dari arah sama dipercayai hilang kawalan dan merempuh mereka serta kenderaan yang berhenti di tepi jalan.

“Ketika kejadian, ketiga-tiga anak mereka berada di dalam kereta,” katanya.

Beliau memaklumkan hasil ujian air kencing mendapati pemandu lori positif dadah jenis Methamphetamine dan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy