Sistem Parkir Pintar Kangar gagal tangani keresahan rakyat

PELAKSANAAN sistem parkir pintar oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK) nyata mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat, khususnya pengguna jalan raya di pusat bandar.

Walaupun objektif asal sistem ini adalah untuk mempertingkat kecekapan pengurusan parkir dan menyokong aspirasi bandar pintar, pelaksanaan yang kurang mesra pengguna telah menimbulkan lebih banyak masalah berbanding penyelesaian.

Tinjauan di media sosial jelas menunjukkan gelombang ketidakpuasan yang kuat, dengan majoriti netizen merungut tentang kesesakan lalu lintas teruk, kesukaran menggunakan aplikasi parkir, serta ketidakcekapan dalam mengendalikan perubahan ini secara inklusif, terutamanya kepada warga emas dan golongan kurang celik digital.

Masalah utama berpunca daripada kekurangan persediaan menyeluruh – termasuk pendidikan pengguna serta mekanisme alternatif bagi mereka yang sukar mengakses teknologi.

Kegagalan ini bukan sahaja membebankan rakyat, malah menjejaskan kelancaran trafik di kawasan komersial utama seperti Jalan Seruling.

Walaupun MPK menyatakan bahawa ini sebahagian daripada inisiatif ke arah masa depan bandar pintar, pelaksanaan tergesa-gesa tanpa mengambil kira realiti digital rakyat biasa, menyebabkan tujuan asal itu kelihatan terpesong.

Ini menimbulkan persepsi bahawa teknologi diperkenalkan bukan untuk memudahkan rakyat, tetapi sekadar memenuhi KPI (Key Performance Indicator) pentadbiran.

Dalam konteks ini, MPK wajar mengambil pendekatan lebih empatik dengan menilai semula pendekatan pelaksanaan sistem parkir ini.

Sesi libat urus bersama pengguna, pelaksanaan percubaan lebih berfasa, serta pemberian sokongan fizikal (seperti kaunter bantuan, bayaran manual sementara) sepatutnya menjadi langkah awal sebelum sistem ini dipaksakan sepenuhnya ke atas rakyat.

Isu ini membuktikan bahawa pembangunan bandar pintar bukan sekadar soal teknologi, tetapi memerlukan kefahaman mendalam terhadap keperluan, kebolehcapaian dan penerimaan masyarakat. Dalam dunia yang semakin digital, rakyat tidak boleh ditinggalkan tanpa bimbingan yang sewajarnya.

Kesimpulannya, MPK masih berpeluang memperbaiki keadaan sekiranya mendengar denyut nadi rakyat dan menyesuaikan pelaksanaan sistem ini berdasarkan maklum balas di lapangan, bukan sekadar bergantung kepada teori atau statistik di atas kertas.

Di pihak kerajaan negeri Perlis, adalah memainkan peranan sewajarnya bagi mengatasi isu berbangkit, setidaknya cakna dengan keluh-kesah rakyat dan menegur tindakan kerajaan tempatan.

Related Posts

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy