Wanita berpotensi jadi pemimpin, bukan sekadar pengiring – Ewon

KOTA KINABALU – Wanita berperanan lebih besar dalam pembangunan negara dan bukan sekadar pengiring kepada pemimpin. 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, wanita berpotensi memimpin dalam pelbagai sektor termasuk keusahawanan, perkhidmatan awam, korporat, dan politik.

“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan pelbagai skim pembiayaan khas bagi menyokong usahawan wanita melalui agensinya. 

“Saya berharap Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah dapat membantu menyebarkan maklumat mengenai skim-skim ini kepada ahli dan masyarakat.

“Jika perlu, ketua-ketua wanita boleh memohon sesi taklimat khas mengenai pembiayaan ini. 

“Saya sedia memberikan sokongan bagi memastikan semua inisiatif kementerian sampai kepada golongan sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa anjuran Wanita PH di Raia Hotel, di sini, pada Sabtu.

Antara inisiatif tersebut ialah Skim Pembiayaan Ikhtiar oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Skim Pembiayaan TEKUN-Wanita (TekunNita), Program BRPlus-I BizLady oleh Bank Rakyat, Program Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET) oleh Pernas, dan Program UDA Biznita oleh UDA Holdings Berhad.

Selain itu, dalam politik, Ewon menegaskan bahawa wanita juga mampu menjadi pemimpin negara dan calon pilihan raya berdasarkan kepimpinan serta ketokohan mereka.

“Dalam UPKO, kita telah mengangkat beberapa calon wanita pada pilihan raya lalu. 

“Saya berharap selepas perbincangan agihan kerusi dalam PH Sabah selesai, lebih ramai calon wanita diberi ruang, bukan hanya di UPKO tetapi juga dalam parti komponen lain.

“Namun, pemilihan calon tetap berasaskan meritokrasi,” katanya.

Menurutnya, sambutan Hari Wanita setiap tahun menonjolkan sumbangan besar wanita dalam pembangunan negara.

“Pengorbanan dan kepimpinan wanita bukan hanya terbatas kepada peranan sebagai ibu, tetapi mereka juga memainkan peranan penting dalam kepimpinan dan kemajuan negara.

“Terdapat banyak kisah kejayaan wanita dalam sektor kepimpinan dan keusahawanan, justeru, sambutan ini amat penting sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka,” katanya.

Related Posts

Perpaduan kukuh jadi pemangkin pembangunan Betong

BETONG – Semangat perpaduan serta sikap saling menghormati antara kaum dan agama terus menjadi kekuatan utama masyarakat di Betong dalam memastikan pembangunan sosioekonomi di kawasan itu dapat dilaksanakan secara berterusan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memperincikan cadangan berhubung penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang telah diluluskan di peringkat negeri sebelum ini. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan kukuh jadi pemangkin pembangunan Betong

Perpaduan kukuh jadi pemangkin pembangunan Betong

Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis