Segera tender projek Klinik Kesihatan Sungai Tamang – Andi

KALABAKAN – Projek pembinaan Klinik Kesihatan Kampung Sungai Tamang, Pulau Sebatik diharap dapat ditender segera bagi memberi perkhidmatan kesihatan yang lancar kepada penduduk setempat.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, pembinaan Klinik Kesihatan itu merupakan impian penduduk di Pulau Sebatik sejak sekian lama.

“Melalui Kementerian Kesihatan, saya difahamkan lima daripada lapan klinik kesihatan telah dinaik taraf dan dua klinik baharu akan dibina masing-masing satu di Kalabakan dan di Kampung Sungai Tamang.

“Saya melawat Klinik Kesihatan Sungai Tamang di Sungai Tongkang (klinik tumpang) dan mendapati ia dalam keadaan uzur dan memandangkan bangunan pinjaman, ada beberapa kekangan untuk dibaiki dari aspek insfrastruktur dan peralatan.

“Sebelum ini terdapat kekangan saiz tanah tidak cukup dan beberapa urusan lain tapi mudah-mudahan klinik kesihatan ini dilaksana dan tender tahun ini walau agak lama ditunggu,” katanya selepas melawat Klinik Kesihatan Sungai Tamang di Sungai Tongkang, Sebatik, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Andi yang juga ADUN Tanjung Batu turut melawat dewan terbuka di Sungai Tongkang yang dibina dengan kos keseluruhan dianggarkan RM300,000.

“Dewan terbuka untuk Sungai Tongkang ini merupakan yang ketujuh dibina di Parlimen Kalabakan dan Insya-Allah tahun ini ada dua lagi yang akan dibina bagi menjadi tempat masyarakat melakukan aktviti komuniti selain kemudahan dimanfaatkan sebaiknya,” katanya.

Andi juga berharap jalan raya menghubungkan Sungai Pukul ke Sungai Bergosong yang kini masih dalam pembinaan dan yang dijangka sedikit lewat, segera disiapkan untuk kemudahan penduduk.

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia