Wan Rosdy serah kunci rumah PR1MA Pahang Tanah Rata

KUANTAN – Pemilik rumah Projek PR1MA Pahang Tanah Rata, dekat Cameron Highlands yang siap April lalu, menerima kunci masing-masing hari ini.

Majlis penyerahan kunci diadakan hari ini yang dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy menerusi laman sosial Facebook miliknya berkata, sebanyak 112 unit rumah PR1MA Pahang itu bernilai RM200,000.

“Projek PR1MA Tanah Rata melibatkan 112 unit rumah yang telah dijual dengan harga RM200,000 seunit dan siap sepenuhnya pada April lalu.

“Hari ini, para pembeli menerima kunci rumah mereka dan satu detik penuh erti buat semua,” katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy memaklumkan, bagi kawasan Ringlet, Kerajaan Negeri akan mulakan projek baharu membabitkan 240 unit rumah pangsapuri di atas tanah seluas 10.76 ekar.

Katanya, projek itu bukan sekadar pembangunan perumahan, tetapi suntikan ekonomi kepada komuniti setempat.

“Untuk seluruh Pahang, sebanyak 46 projek PR1MA telah siap, membabitkan lebih 8,000 unit rumah.

“Tahun ini sahaja, kerajaan Pahang menyasarkan 946 unit lagi siap dibina.

“Bagi golongan muda, projek Pangsapuri Pahangku akan dibina berhampiran stesen ECRL, bermula di Bentong tidak lama lagi,” tambahnya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM