Wan Rosdy harap Najib diberi ketabahan

KUANTAN – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melahirkan rasa simpati kepada Datuk Seri Najib Razak susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan bekas Perdana Menteri itu membela diri dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang percaya Najib dan pasukan peguam akan menggunakan peluang itu untuk membuktikan kebenaran dan membersihkan nama.

“Saya menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan dan berharap keadilan dapat ditegakkan dengan saksama.

“Saya sentiasa mendoakan agar Datuk Seri Najib dan keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang besar ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Najib membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Hakim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua 25 tuduhan dikenakan terhadap Najib yang juga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ketika kesalahan itu didakwa dilakukan.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang