Fahmi tegur Meta gagal kekang pedofilia, sexual grooming kanak-kanak di Facebook

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan platform media sosial tegas dalam menangani jenayah dalam talian demi memastikan Internet yang lebih selamat untuk semua, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberitahu, dalam pertemuannya bersama pihak Meta petang semalam, beliau telah menegur pihak tersebut kerana masih gagal menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) khususnya di platform Facebook.

“Meta perlu jauh lebih proaktif dalam membanteras kumpulan-kumpulan di akaun media sosial Meta yang menjurus kepada aktiviti jenayah seksual tersebut,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Pertemuan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, serta Pengarah Dasar Awam Meta Asia Tenggara Rafael Frankel dan pasukan Meta.

Menurut Fahmi, perbincangan yang diadakan berkisar kepada kesiapsiagaan semua pihak bagi penguatkuasaan pelesenan platform media sosial dan sistem pemesejan Internet bermula 1 Jan 2025.

Kata Fahmi lagi, pihak Meta menyuarakan pandangan mengenai pematuhan yang perlu dipenuhi untuk melaksanakan syarat-syarat ditetapkan, termasuk Kod Tatalaku dan Akta Keselamatan Dalam Talian belum mereka teliti sepenuhnya.

“Saya telah mengingatkan Meta bahawa niat kerajaan mengenakan lesen ini adalah untuk menangani isu jenayah yang berhijrah ke media sosial, termasuk jenayah penipuan, judi dalam talian, buli siber, dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Namun, saya memberi komitmen untuk mendengar pandangan semua platform media sosial, memandangkan lesen yang bakal dikenakan adalah lesen kelas (Class License),” katanya.

Selain itu, lesen berkenaan dikenakan kepada semua platform yang memenuhi syarat-syarat termasuk yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna di Malaysia.

Beliau berkata pihak Meta telah bersetuju untuk menyediakan maklum balas kepada draf Kod Tatalaku yang telah diterbitkan pada 22 Okt lepas dan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan MCMC pada awal minggu depan untuk meneliti beberapa aspek dengan lebih terperinci.

“Saya terima baik kesediaan pihak Meta untuk terus bekerjasama dalam isu pelesenan ini,” kata Fahmi.

Related Posts

Ribuan hadir solat jenazah, Bung Moktar selamat dikebumikan di Likas

KOTA KINABALU – Ribuan umat Islam hadir memenuhi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas, pada Jumaat bagi menunaikan solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin. Turut hadir Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

KUNAK – Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin bukan sekadar kehilangan seorang insan tersayang, tetapi juga detik pilu buat UMNO dan BN Sabah yang kehilangan seorang pendekar. ADUN Kunak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ribuan hadir solat jenazah, Bung Moktar selamat dikebumikan di Likas

Ribuan hadir solat jenazah, Bung Moktar selamat dikebumikan di Likas

AFFIN raih Anugerah J.P. Morgan Elite Quality tiga tahun berturut-turut

AFFIN raih Anugerah J.P. Morgan Elite Quality tiga tahun berturut-turut

Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

  • By Fatin
  • December 5, 2025
Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi