Vape bentuk alat tulis: Peranan ibu bapa, PIBG ditagih bantu sekolah pantau anak

IBU bapa antara individu terpenting yang ditagih untuk memantau kegiatan anak-anak susulan kewujudan peranti rokok elektronik dan vape menyerupai alat tulis menggunakan label mengelirukan yang dijual secara berleluasa di pasaran sekarang.

Peranan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga harus diperkasa dalam membantu pihak sekolah terutamanya agar murid tidak terjebak dengan penggunaan vape tersebut.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, di Perak khususnya, isu itu sememangnya menjadi perhatian Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), namun ia seharusnya tidak diletakkan pada bahu pihak sekolah sahaja.

“Ibu bapa juga perlu berperanan dan ambil berat dalam hal ini untuk memantau anak-anak mereka daripada terlibat dengan pembelian rokok elektronik menyerupai alat tulis itu.

“Mereka tidak boleh menyerahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk hal itu, kerana ada kala pihak sekolah berhadapan dengan kekangan seperti bilangan murid ramai, dan guru terhad.

“Justeru penglibatan ibu bapa atau PIBG sendiri penting dalam memastikan gejala menggunakan peranti rokok elektronik ke sekolah ini dapat dibendung,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan penjualan peranti rokok elektronik dan vape menyerupai perkakas alat tulis menggunakan label mengelirukan yang mendatangkan kebimbangan umum, baru-baru ini.

Sebelum ini, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Ayub Yaakob, dilaporkan berkata, tindakan peniaga yang memasarkan barangan, termasuk pelekat menyerupai perkakas alat tulis seperti highlighter, gam dan pena penanda adalah tidak bertanggungjawab.

Pada masa sama, Khairudin memberitahu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) juga ada mengambil langkah dalam membendung isu tersebut.

“PPD dan AADK mengadakan pemeriksaan mengejut atau ‘spot check’ ke atas murid sekolah secara rawak.

“Ia bagi memastikan murid di semua sekolah bebas daripada sebarang penyalahgunaan barang terlarang termasuk penggunaan rokok elektronik,” tambah beliau.

Sementara itu, Maimunah Rahim, 50, ketika ditemui wartawan The Malaysia Press (TMP) berkata, penggunaan peranti itu harus dibendung dalam kalangan murid sekolah kerana jika dibiarkan tanpa tindakan, ia dibimbangi akan membawa golongan itu dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Kita tidak mahu isu-isu yang berkaitan dengan kes salah laku murid ini terus berlaku dan akhirnya menyebabkan mereka ini tidak menumpukan kepada pembelajaran, wujud sikap ingin ponteng dan sebagainya.

“Sebagai ibu, saya bersetuju, apa jua yang berlaku pada anak-anak, bermula dari kita sebagai ibu bapa untuk memantau gerak geri dan menjadi penasihat terbaik kepada anak-anak kita sendiri,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi PIBG di sebuah sekolah, di Kuala Kangsar.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta