Israel melampau, Malaysia dan PBB perlu bertegas

PUTRAJAYA – Kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa untuk bertindak tegas ke atas Israel yang berterusan melakukan serangan menyasarkan kedudukan tentera pengaman PBB di Lubnan.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, tindakan Israel sudah melampaui batas sehingga mencederakan empat tentera Battalion Malaysia (Malbatt) di Sidon, Selatan Lubnan berkata, Israel telah melampaui batas.

“MBM menyatakan sokongan penuh terkait cadangan Perdana Menteri bagi mengemukakan usul menyingkirkan Israel sebagai anggota PBB.

“Jenayah perang yang dilakukan Israel di Timur Tengah telah melampaui batas kemanusiaan dengan melanggar banyak protokol keamanan dan lunas hukum global,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Izzat berkata, pihaknya akan berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengambil segala tindakan strategik terhadap kebiadapan Israel ke atas penduduk Lubnan dan Palestin

“MBM turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu demi perjuangan menentang kezaliman Israel dan mendokan keselamatan anggota tentera yang terlibat dalam misi pengaman di Timur Tengah,” katanya.

Enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850 disahkan cedera dalam insiden letupan yang berdekatan Stadium Saida, Lubnan sekitar jam 7.54 malam waktu Malaysia pada Khamis.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku ketika pergerakan anggota Malbatt 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.

Daripada jumlah itu, lima anggota melibatkan Malbatt 850-12 mengalami pelbagai cedera ringan termasuk seorang cedera di bahagian tangan (suspected closed fracture left arm).

Seorang lagi membabitkan anggota Malbatt 850-11 juga mengalami cedera ringan. Anggota yang cedera di tangan telah segera dibawa ke Hospital Hamood di Saida untuk mendapatkan rawatan oleh Pegawai Perubatan Malbatt 850-11.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta