Ustaz Yusri janji perkara yang boleh dibuat sahaja

TAPAH – Manifesto yang dibentangkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mampu dilaksanakan dalam tempoh baki penggal yang ada.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, saranan telah diberikan kepada calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir agar tidak menjanjikan sesuatu yang melangkaui kemampuan kerajaan.

Saarani yang juga Pengerusi BN Perak berkata, walaupun secara dasarnya manifesto tersebut ditentukan peringkat negeri, namun lahir daripada kefahaman mendalam calon terhadap keperluan masyarakat setempat yang diwakili.

“Saya beritahu dia, kalau nak buat, jangan over (melebih-lebih), hanya boleh berjanji benda yang boleh kita buat. Dia pun ada tiga tahun sahaja sebelum pilihan raya umum (Pilihan Raya Umum ke 16).

“Bagi saya, perkara yang diumumkan tadi adalah perkara baik untuk beliau tawarkan khidmat kepada pengundi-pengundi di kawasan.

“Saya katakan kepada calon, dia perlu juga ada hasrat, keinginan dan visi sendiri. Sebagai YB (Yang Berhormat), walaupun dasar ditentukan kerajaan negeri, tetapi sebagai individu, dia boleh beri janji atau harapan kepada pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Sejati Madani Impian Jadi Realiti Daerah Batang Padang di Dewan Orang Ramai Kampung Kenangan dekat Bidor, pada Ahad.

Turut hadir, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Ahmad Norihan Jalal.

Terdahulu, BN menampilkan tujuh tawaran utama dalam manifestonya kepada pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning yang dilancarkan, pada Ahad.

Mohamad Yusri berkata, manifesto yang bertemakan ‘Ayer Kuning Sejahtera Bersama’  tercetus hasil cetusan harapan masyarakat setempat selepas melakukan pertemuan dan luahan bersama penduduk di Ayer Kuning.

Dalam perkembangan lain, Saarani berkata, sebanyak 200 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) negeri ini yang menyertai Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) mula menunjukkan hasil memberangsangkan.

“Antara projek yang dijalankan JPKK terlibat adalah pembelian bot, pembinaan chalet, ternakan ikan keli dan sewa kios. Ada juga yang membina kolam pancing dan berjaya mendapat semula modal RM100,000 dalam tempoh dua bulan.

“Ini membuktikan bahawa apabila diberikan kepercayaan, mereka mampu mengurus dan menjana hasil…asalkan ada pulangan semula,” katanya.

Sehubugan itu, Saarani menggalakkan JPKK untuk menubuhkan koperasi supaya lebih banyak faedah boleh diperoleh.

“Sebelum ini JPKK hanya menerima peruntukan RM5,000 setahun bagi tujuan pentadbiran, namun kini mereka diberikan peruntukan yang lebih besar.

“Ini untuk melaksanakan projek ekonomi komuniti. Melalui koperasi, pendapatan boleh dijana dan ahli turut mendapat dividen,” katanya.

Related Posts

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

PUTRAJAYA – Bersatu dijangka akan menggunakan taktik baharu untuk memecah-belahkan Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMANAH Johor bersiap hadapi PRN, setuju tangguh jika perlu

Oleh: Alif Abd Aziz JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN), meskipun menyambut baik cadangan penangguhan pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’