Usahawantani nangka madu digalak ceburi bidang eksport ke China

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengalu-alukan pengusaha tempatan nangka madu segar di sekitar negeri ini untuk bersama-sama memenuhi pasaran eksport ke China.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, ini kerana pihaknya telah mula mengeksport produk nangka madu segar sebanyak lapan tan ke China sebagai salah satu inisiatif penting memperkenalkan hasil tanaman itu di negara berkenaan.

“Kita membuka peluang kepada usahawan nangka madu di Johor untuk sama-sama meningkatkan hasil eksport negara kita ke sana bagi tujuan memanfaatkan potensi besar dimiliki buah tropika itu sekali gus meningkatkan eksport produk pertanian negeri.

“Ini selari dengan status Johor sebagai pengeluar utama produk makanan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran seterusnya membuka peluang ekonomi kepada mereka,” katanya pada Majlis Pelancaran Pelepasan (Flag Off) Nangka Segar Ke negara China di Fruitglo Sdn Bhd Ayer Hitam, di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, susulan pelaksanaan protokol baharu berkaitan keperluan pemeriksaan dan kuarantin dimeterai kerajaan Malaysia dan China pada April tahun lalu, ia sekaligus membuka peluang pasaran eksport baharu Negeri Johor bagi meneroka potensi jualan di negara berkenaan.

“Nangka madu segar memiliki keistimewaan tersendiri yang secara tidak langsung menjadikannya sesuai untuk pasaran antarabangsa termasuk dapat diproses menjadi pelbagai produk seperti kerepek, jus dan makanan ringan selain memiliki amalan pertanian yang baik untuk mengekalkan kualiti buah berkenaan.
 
“Malah, pendekatan bersepadu melibatkan kerjasama antara pelbagai pihak termasuk petani, pengeksport, agensi kerajaan, dan rakan niaga antarabangsa amat penting bagi memastikan agenda Johor sebagai peneraju sekuriti makanan negara dapat dicapai,” katanya.
 
Tambah Zahari, pada tahun 2022, Johor berjaya merekodkan pengeluaran nangka sebanyak 7,680.38 tan bernilai kira-kira RM13.82 juta.

Selain itu, negeri ini turut mencatatkan keluasan bertanam buah-buahan terbesar di kawasan seluas 50,217 hektar dengan pengeluaran terbesar iaitu 772,317.4 tan atau 34.5 peratus daripada pengeluaran buah-buahan negara.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM