Usaha murni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang wajar dicontohi

KUANTAN – Sikap prihatin dan kesungguhan pihak pengurusan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, dekat Triang, Bera adalah sangat memuaskan dan menarik.

Ini kerana Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara ‘tua’ berikutan kadar kelahiran baharu yang agak merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketua Unit Geriatrik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah) Temerloh, Dr Dewi Juita Sirimanne berpandangan, usaha murni penuh keikhlasan ditunjukkan Pengerusi Sang Riang, Yap Yoke Moey membantu menyediakan kehidupan lebih berkualiti kepada warga emas ditempatkan di situ.

“Tidak dapat dinafikan kita sedang bergelut dalam hal membabitkan penjagaan kumpulan warga emas ini.

“Apatah lagi, mereka bukan sahaja sudah berusia, tapi turut mempunyai isu seperti hidup sebatang kara, tanpa pendapatan serta tidak mempunyai tempat untuk berlindung.

“Jadi, apa yang dilakukan Sang Riang adalah bagus, namun masih boleh ditambah baik,” katanya.

Terdahulu Dr Dewi Juita bersama rombongan dari Hoshas meluangkan masa melawat Sang Riang untuk melihat sendiri keadaan rumah kebajikan berkenaan.

Beliau turut memuji pihak Sang Riang yang bukan sahaja menyediakan tempat tinggal selesa, tapi turut membekalkan kepada warga emas di situ menikmati kehidupan lebih tenang.

“Warga emas di sini diberikan ruang untuk melakukan aktiviti kerohanian seperti bermeditasi selain aktiviti yang bersesuaian dengan pegangan (agama) masing-masing.

“Ini adalah kelebihan Sang Riang dibandingkan tempat jagaan warga emas yang biasa kita jumpa.

“Jadual pemakanan untuk penghuni juga disediakan secara teratur… mereka dapat menikmati hidangan empat kali sehari dan ia adalah perkara yang sangat bagus untuk kesihatan penghuni Sang Riang,” ujarnya.

Dr Dewi Juita berharap semua usaha Yoke Moey akan terus mendapat sokongan daripada semua pihak supaya rumah kebajikan itu dapat terus beroperasi dengan lancar.

Katanya, usaha Sang Riang juga menyumbang kepada kewujudan satu komuniti yang lebih mementingkan hubungan baik dan bermaruah antara manusia tanpa mengambil kira latar belakang mereka.

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik