Usaha jadikan Klebang kawasan hijau pertanian disambut baik

MELAKA – Usaha kerajaan negeri menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang sebagai kawasan hijau pertanian disambut baik.

ADUN Klebang, Datuk Lim Bang Hong berkata, usaha tersebut sekali gus dapat membantu aspek keterjaminan makanan di masa akan datang selain mewartakan sawah padi DUN ini sebagai kawasan jelapang padi Selatan.

Menurutnya, hal ini disokong, lebih-lebih lagi dapat mengelakkan banyak tanah sawah daripada dijual dan dimajukan dengan projek pembangunan atau perumahan.

“Selama ini kita bimbang apabila ada lebih banyak projek pembangunan dimajukan, ia boleh mendatangkan masalah dalam sektor pertanian seperti contoh sistem pengairan untuk tanaman tidak dapat dilakukan secara sistematik.

“Jadi, apabila ia diwartakan, sedikit sebanyak memberi jaminan kepada pengusaha pertanian sama ada pesawah atau petani untuk terus menyumbang kepada penghasilan makanan untuk rakyat.

“Pada masa sama, hal ini juga dapat memberi keseimbangan kepada ekosistem Negeri Melaka, selain memfokuskan kepada bidang pelaburan dan pelancongan,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.

Ban Hong juga turut menyarankan pesawah dan petani di negeri ini beralih kepada pertanian moden yang berupaya meningkatkan hasil pertanian.

“Transformasi perlu dilakukan daripada pertanian berteras sumber manusia kepada teras teknologi, automasi dan lain-lain.

“Saya percaya, transformasi ini juga dapat menggalakkan lebih ramai anak muda terlibat dalam bidang pertanian, sekali gus meningkatkan lagi hasil tani di Negeri Melaka,” katanya.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan