Pasaran getah kembali ditutup tinggi

KUALA LUMPUR – Pasaran getah kembali ditutup tinggi hari ini selepas penurunan dua hari berturut-turut disokong oleh kebimbangan bekalan yang terhad disebabkan ramalan cuaca di Thailand dan aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau.

Seorang peniaga berkata, sentimen turut meningkat, didorong oleh harga minyak mentah yang tinggi, ringgit yang menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dan keputusan China untuk menurunkan kadar utama pinjaman penanda arasnya.

“Jabatan Meteorologi Thailand memberi amaran bahawa akan berlaku ribut petir, hujan lebat terpencil, banjir kilat dan limpahan air di beberapa wilayah di utara, timur laut dan selatan negara itu sehingga 27 Julai,” katanya.

Beliau berkata, Bank Rakyat China pula tanpa dijangka terus menurunkan kadar utama pinjaman penanda arasnya ke paras terendah pada Isnin berikutan tanda-tanda pemulihan ekonomi yang perlahan memerlukan lebih banyak rangsangan.

Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh isyarat bercampur-campur daripada Rizab Persekutuan AS berhubung penurunan kadar faedah ditambah dengan krisis Timur Tengah yang berterusan,” katanya.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat tujuh sen kepada 785 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 1.5 sen kepada 616.5 sen sekilogram.

Pada pukul 5 petang, harga rujukan LGM bagi fizikal SMR 20 berada pada 777 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 616 sen sekilogram.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16