Usah ambil ahli parti gabungan, elak terasa hati – Zahid

PARTI dalam gabungan Kerajaan Perpaduan dinasihatkan agar tidak mengambil ahli daripada parti di kalangan gabungan itu demi mengelakkan berlakunya perpecahan sesama sendiri.

Nasihat itu disuarakan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, mana-mana parti komponen Kerajaan Perpaduan pun tidak mahu situasi seperti itu berlaku yang boleh menggugat keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan.

“Sebaik-baiknya parti komponen Kerajaan Perpaduan tidak harus mengambil mana-mana ahli-ahli parti lain dalam komponen itu.

“Kalau berlaku sebaliknya, mereka tentu akan terasa hati. Jadi dalam keadaan begitu, eloklah kita menjaga perpaduan dalam kalangan kita,” katanya dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian mengulas desas-desus bahawa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menyertai PKR tahun depan, untuk ditawarkan jawatan Menteri Besar Selangor.

Presiden UMNO itu menegaskan, pemimpin UMNO patut menjaga integriti mereka dan mengelak daripada termakan tawaran yang bersifat berkepentingan individu.

“Mana-mana ahli dan pemimpin parti harus mengutamakan kepentingan parti sendiri bukan kepentingan peribadi. Apa pun agenda peribadi itu hendaklah diketepikan jika seseorang itu mahu supaya partinya diberikan keutamaan.

“Kalau memberikan kepentingan peribadi sebagai keutamaan, maka kita serahkan untuk ahli dan rakyat menilai integriti seseorang itu,” katanya.

Semalam, sebuah portal melaporkan rundingan sedang giat dilakukan yang berkemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR.

Sumber dalaman UMNO Selangor dikatakan mendakwa, keputusan mengenainya akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Tengku Zafrul menjadi ahli UMNO Bahagian Kota Raja pada Januari 2023 sebelum mengangkat sumpah sebagai ahli MKT UMNO sebulan berikutnya.

Related Posts

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang keputusan unilateral boleh dibuat berhubung Selat Melaka, sambil menekankan pendekatan berasaskan konsensus ASEAN dalam mengekalkan keselamatan maritim di laluan air tersebut. Menteri Luar, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane