United lakar kemenangan ke-empat berturut-turut, atasi Spurs 2-0

SENTUHAN magis Michael Carrick berterusan apabila Manchester United melakar kemenangan keempat berturut-turut selepas membenam Tottenham Hotspur 2-0 yang beraksi dengan 10 pemain pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, malam tadi.

Kemenangan itu lebih manis buat Carrick dan United apabila ia menjadi kali pertama Red Devils meraih empat kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris sejak Februari 2024.

Ia sekali gus membolehkan United menamatkan kemarau lapan perlawanan tanpa kemenangan menentang Tottenham, dan mengukuhkan cengkaman Red Devils dalam kelompok empat teratas liga.

United kini menghampiri Aston Villa di tempat ketiga dengan jurang dua mata, serta melebarkan kelebihan kepada lima mata ke atas Liverpool di tangga keenam.

Kedudukan lima teratas dijangka mencukupi untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan susulan prestasi cemerlang kelab-kelab Inggeris dalam saingan Eropah.

Pada perlawanan itu, semua pemain mengenakan lilitan lengan hitam, manakala bendera penjuru turut berwarna hitam sebagai tanda penghormatan sempena Tragedi Udara Munich.

Tragedi tersebut meragut 23 nyawa, termasuk lapan pemain Manchester United.

Pelawat yang menewaskan United pada aksi final Liga Europa musim lalu bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten pasukan, Cristian Romero dilayangkan kad merah kerana terjahan keras ke atas Casemiro pada minit ke-29.

United jelas memanfaat kelebihan seorang pemain itu apabila meledak gol pertama menerusi set-piece menarik sepakan sudut yang disudahkan Bryan Mbeumo pada minit ke-38.

Kapten pasukan, Bruno Fernandes melengkapkan kemenangan United dengan gol kedua, sembilan minit sebelum tamat perlawanan.

Related Posts

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara