Unit Integriti perlu berfungsi secara holistik tangani rasuah – MCW

PUTRAJAYA – Langkah mewajibkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menubuhkan Unit Integriti selewat-lewatnya 31 Ogos depan disifatkan sangat penting untuk meningkatkan tadbir urus dan mengurangkan ketirisan.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, penubuhan penguat kuasa itu dilihat dapat memastikan ketelusan dalam pelaksanaan dasar awam di peringkat tempatan.

Namun, katanya, penubuhan Unit Integriti bukan sekadar syarat atas kertas, sebaliknya perlu disusuli dengan program latihan menyeluruh, khususnya kepada Ahli Majlis PBT yang ramai dalam kalangan lantikan politik.

“Latihan tersebut perlu menyentuh aspek dasar awam, pemantauan perbelanjaan, peranan Laporan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), serta kefahaman terhadap isu integriti dan tadbir urus adalah amat kritikal.

“MCW menyambut baik ketegasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang mahu semua PBT mengambil tindakan segera ke arah itu,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Jais berkata, keperluan buat SPRM menyediakan modul khas latihan integriti untuk semua Ahli Majlis, dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) dan agensi berkaitan.

Katanya, Unit Integriti di PBT juga harus diberi kuasa dan sumber yang mencukupi untuk bertindak secara bebas dan efektif.

“Pelaporan ketelusan dan pematuhan integriti juga dilakukan secara berkala dan dibuka untuk semakan awam bagi menggalakkan akauntabiliti.

“Pada masa sama, PBT dipantau berdasarkan Indeks Tadbir Urus Baik yang dapat mengukur keberkesanan Unit Integriti, kecekapan pengurusan, dan keberanian menegur kepincangan dalaman,” katanya.

Sementara itu, Jais memaklumkan, pihaknya percaya komitmen politik dan kefahaman mendalam dalam kalangan Ahli Majlis amat diperlukan bagi memastikan reformasi pentadbiran benar-benar terlaksana.

“Kalau tidak, semua usaha ini hanya akan kekal sebagai arahan di atas kertas. Justeru, pendekatan menyeluruh dan pendidikan berterusan adalah kunci bagi menjadikan PBT sebuah institusi yang berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Pada 1 Mei, SPRM memaklumkan semua PBT diwajibkan menubuhkan Unit Integriti selewat-lewatnya pada 31 Ogos sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh memperkukuh integriti pentadbiran.

SPRM menjelaskan sebagai langkah memperkemas struktur pelaporan, semua pegawai penghubung di PBT kini dikehendaki melapor terus kepada Unit Integriti di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri dan bukan lagi kepada yang Dipertua.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM