UMNO tunjuk kematangan, junjung tinggi institusi Raja

TINDAKAN UMNO membatalkan Perhimpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak pada 6 Januari ini disifatkan sebagai satu tindakan yang matang dan perlu dihormati oleh semua pihak.

Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, sebagai sebuah parti yang lahir dari ‘perut istana’, tindakan UMNO itu menunjukkan uniknya parti itu yang menjunjung tinggi tiga perkara yang terkandung dalam Perlembagaan.

“Kita ini parti berorganisasi, UMNO bukan lahir dari kaki lima jalananan, kita ada prinsip dan konsisten sejak penubuhan lagi iaitu memperjuangkan tiga perkara iaitu Islam, Melayu dan Raja.

“Jadi apabila titah Sultan atau Yang di Pertuan Agong, UMNO akan akur kerana UMNO adalah parti yang perlembagaan partinya mempertahankan institusi raja.

“Saya amat setuju dengan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akur titah Seri Paduka, jadi kami sebagai ahli parti kenalah akur.

“Walaupun mengadakan perhimpunan itu niat ahli-ahli UMNO hanya untuk menyatakan sokongan moral dan menunjukkan solidariti terhadap Datuk Seri Najib secara aman, tetapi tentunya pembatalan perhimpunan ini menunjukkan UMNO menghormati dan taat setia kepada Institusi Raja.

“Ini satu kematangan UMNO sebagai parti yang penuh pengalaman dalam kancah politik negara dan semua pihak wajar menghormati keputusannya ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Azhar yang juga Ahli Dewan Negara menegaskan, keputusan yang diambil UMNO itu bukan bermakna parti itu tidak memperjuangkan nasib Najib, tetapi menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa prerogatif seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

“Tetapi pasa masa sama, kita sangat berharap sistem perundangan dan kehakiman negara seperti yang didakwa Datuk Seri Najib yang beliau mahukan keadilan, jadi berilah keadilan sewajarnya.

“Kita tahu kuasa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan dan baginda adalah Pengerusi Mesyuarat Pengampunan jadi mudah-mudahan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib dapatlah dipertimbangkan seadil-adilnya.

“Sebagai ahli UMNO, kita kena akur dan menunjukkan taat setia kepada negara kerana kita adalah warganegara yang menjunjung lima prinsip Rukunegara, kita kena jaga taat setia, keluhuran perlembagaan, percaya terhadap kedaulatan undang-undang selain menunjukkan kita ni sebagai warganegara yang mempunyai kesopanan dan kesusilaan,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akur dengan titah Seri Paduka sekali gus membatalkan perhimpunan solidariti terhadap Najib dalam isu Titah Adendum pada Isnin depan.

Dalam pada itu, Dr Azhar juga berkata, tindakan pembatalan ini juga akan membuka mata rakyat terhadap politik retorik yang diamalkan Pas.

“UMNO nak jaga keharmonian negara, tak nak ganggu gugat terhadap Institusi Raja dan kita tak mahu ada yang potong tang konar seperti Pas yang tiba-tiba nak jadi hero.

“Sebelum ini Pas lah yang siang malam menghentam BN dan UMNO, mengutuk Datuk Seri Najib macam-macam, apa label yang mereka tak sebut kepada beliau sebelum ini, tap hari ini mereka cuba nak dapat ‘mileage’ politik.

“Pas bukan nak sokong sangat Datuk Seri Najib, tetapi mereka nak ambil kesempatan untuk mendapat pengaruh orang Melayu menyokong mereka atas isu yang terkait dengan Datuk Seri Najib, itu sahaja agenda politik mereka.

“Itulah warna sebenar Pas, rakyat perlu sedar dan membuka mata yang parti itu suka menangguk di air keruh hanya untuk kepentingan politik mereka semata-mata,” katanya.

Justeru, Dr Azhar berharap ahli UMNO di seluruh negara bertenang dan menyerahkan keyakinan kepada pucuk pimpinan parti menangani sekali gus membela nasib Najib.

“Kita kena bertenang dan bersabar, diam itu tidak bermakna kita kalah dan berputus asa, tetapi saya yakin Presiden dan kepimpinan UMNO sudah pasti ada jalan yang lebih baik dan cermat dalam membela Datuk Seri Najib.

“Jangan cepat melatah, apapun ada pelbagai cara nak tunjukkan sokongan moral atau solidariti pada beliau.

“Jadi apa pun perpaduan dalam Kerajaan Perpaduan jangan dibiarkan tergugat dalam hal ini kita kena jaga kestabilan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang, selama ini mereka tidak memperjuangkan pun Datuk Seri Najib, tiba-tiba nak muncul jadi hero dan ahli UMNO kena sedar yang mana satu intan dan kaca,” katanya.

Related Posts

Teraju Pahang slogan kosong Pas

KUANTAN – Kerajaan Pahang yang ketika ini diterajui UMNO tidak terkesan dengan kempen ‘Teraju Pahang 2.0’ yang sedang dilakukan Pas. Sambil menyifatkan kempen itu tidak lebih daripada slogan ‘kosong’, Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keyakinan rakyat meningkat, bukti kejayaan Kerajaan MADANI
  • YnomYnom
  • July 10, 2025

KOTA KINABALU – Dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara meningkat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas