Hijrah Selangor berjaya bantu 60,249 usahawan

SERAMAI 60,249 usahawan berjaya memanfaat bantuan pembiayaan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) sejak dilancarkan pada 2015.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mearia Hamzah berkata, sejak itu, Hijrah Selangor telah meluluskan 90,475 pembiayaan kepada para usahawan di negeri itu.

Beliau berkata, lebih membanggakan, lebih 50 peratus para usahawan Hijrah Selangor yang dibantu itu menunjukkan kemajuan dan berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.

Menurutnya, Hijrah Selangor menawarkan pelbagai skim pembiayaan bagi usahawan melebarkan perniagaan antaranya Skim i-Bisnes, Skim Zero to Hero; Skim Go Digital dan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDi).

“Hijrah Selangor sentiasa memberi perkhidmatan terbaik untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan dengan pelbagai tawaran skim pembiayaan.

“Malah, setakat ini, 83,757 pembiayaan paling tinggi diluluskan Hijrah Selangor adalah Skim i-Bisnes yang mana ia mendapat tempat dalam kalangan usahawan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Mengulas mengenai pembayaran balik pinjaman, Mearia berkata, ia menunjukkan impak positif dan membayar mengikut jadual ditetapkan.

“Daripada aspek pembayaran balik rata-ratanya positif apabila 95.47 peratus membayar mengikut jadual bayaran balik ditetapkan Hijrah Selangor,” katanya.

Sejak penubuhan, agensi itu menyediakan bantuan modal kepada mereka yang mahu berniaga secara kecil-kecilan atau mengembangkan perniagaan.

Hijrah Selangor turut menyediakan Skim i-Lestari, Skim i-Agro dan Skim i-Bermusim bagi membantu dari segi modal serta mengembangkan perniagaan usahawan.

Related Posts

Sabah dipelawa ke Perhimpunan Agung LCC di Malta

KOTA KINABALU – Lufthansa City Center (LCC) mempelawa Lembaga Pelancongan Sabah untuk menghadiri Perhimpunan Agung LCC yang berprestij di Malta. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah mengenal pasti ahli sindiket yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penjenayah bersenjata yang ditembak mati di Jalan Lintang Bukit Jambul, semalam. Menurut Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah dipelawa ke Perhimpunan Agung LCC di Malta

Sabah dipelawa ke Perhimpunan Agung LCC di Malta

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan