UMNO nafi wujud pertemuan untuk bincang kerjasama dengan Pas

KUALA LUMPUR: UMNO menafikan dakwaan wujud beberapa siri perbincangan antara pemimpin parti itu dengan Pas bagi membentuk kerjasama.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbincangan itu mungkin hanya berlaku dalam kalangan ahli atau penyokong, namun bukan membabitkan pimpinan kedua parti.

“Saya Setiausaha Agung UMNO, saya tidak tahu. Kalau mahu berbincang kena berbincang dengan kepimpinan.

“Dia mahu berbincang, dia boleh berbincang dengan ahli. Semua orang boleh berbincang.

“Seperti juga saya dengar pemimpin Pas berbincang dengan pemimpin PH (Pakatan Harapan).

“Kita negara yang sentiasa mengamalkan demokrasi, semua orang boleh berbincang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Penyelarasan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan di Menara Dato’ Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Operasi Pilihan Raya BN DUN Nenggiri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengarah Operasi Pilihan Raya PH Kelantan, Adly Zahari.

Hari ini, media melaporkan wujud perbincangan di antara pemimpin Pas dan UMNO bagi membincangkan kerjasama mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Perkara itu didedahkan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, yang mendakwa beberapa siri pertemuan bersama pemimpin UMNO berlaku ketika ini.

Pertemuan itu dakwanya dibuat secara tidak formal membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti, sekali gus dilihat mempunyai harapan dalam menyatukan kembali undi Melayu yang kini berpecah teruk.

Pada 8 Julai lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti itu.

Ahmad Zahid berkata, pengalaman bekerjasama dengan Pas sebelum ini menyebabkan keputusan itu diambil.

Menurutnya, banyak keputusan bersama dibuat sebelum ini antara kedua-dua parti dikhianati Pas.

Related Posts

DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

KULAI – DAP bersedia menjalinkan kerjasama utuh kepada mana-mana pemimpin PKR meskipun individu berkenaan merupakan muka baharu dalam jawatan berkenaan. Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berkata, ia sebagai bukti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mangsa penipuan dalam talian catat kerugian hampir RM800 juta

KULAI – Hampir RM800 juta nilai kerugian dialami kesemua mangsa penipuan dalam talian di seluruh Malaysia selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kaamatan bukan sekadar warisan, tapi pemacu ekonomi dan perpaduan Sabah

Kaamatan bukan sekadar warisan, tapi pemacu ekonomi dan perpaduan Sabah

Kerajaan Negeri rangka Enakmen Pembangunan Belia Sabah

  • By Ynom
  • May 17, 2025
Kerajaan Negeri rangka Enakmen Pembangunan Belia Sabah

SMK Saribas terima manfaat projek sekolah daif luar bandar

SMK Saribas terima manfaat projek sekolah daif luar bandar

Keupayaan ilmu bantuan kecemasan penting selamatkan nyawa

Keupayaan ilmu bantuan kecemasan penting selamatkan nyawa

DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

  • By Suri
  • May 17, 2025
DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

Mangsa penipuan dalam talian catat kerugian hampir RM800 juta

  • By Suri
  • May 17, 2025
Mangsa penipuan dalam talian catat kerugian hampir RM800 juta