Pelaksanaan sah laku pasport 10 tahun pada fasa akhir

PUTRAJAYA – Pelaksanaan pengeluaran pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun kini berada dalam fasa akhir.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, setakat ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen (JIM) sedang memperhalusi pelaksanaan pengeluaran pasport itu daripada pelbagai aspek.

Dalam sidang media selepas Majlis Perbarisan Hari Imigresen 2024 di sini hari ini, beliau berkata pelaksanaan inisiatif tersebut dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat yang sering kali pergi ke luar negara.

“Pasport lima tahun kadang banyak cop dan kelompok (sering keluar negara) ini (kita) bagi pilihan ada pasport 10 tahun, dia akan ambil dan untuk itu, dia kena bayar lebih sebab lebih muka surat.

“Kami sedang perhalusi (fine tuning), fasa-fasa akhir ini…dan akan usahakan dalam masa terdekat,” katanya.

Saifuddin Nasution sebelum ini dilapor berkata, pelaksanaan tempoh sah laku pasport yang panjang bukan perkara baharu kerana negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura selain Amerika Syarikat serta Itali turut mengeluarkan pasport untuk tempoh 10 tahun.

Sementara itu, beliau berkata, JIM bertekad mengekalkan kepantasan pengeluaran pasport Malaysia iaitu selama 60 minit bagi proses secara fizikal serta memastikan ciri-ciri keselamatannya berada pada tahap terbaik.

Saifuddin Nasution berkata, pasport Malaysia kini menduduki tempat ke-11 pasport paling berkuasa di dunia menerusi Ranking Global Pasport Power Rank 2024 yang dikeluarkan oleh passportindex.org.

“Ukurannya apa dia? Siapa pegang pasport boleh mengembara tidak perlu visa, lagi banyak negara benarkan pemegang pasport masuk tanpa visa lagi berkuasa kedudukannya.

“Ciri-ciri keselamatan kita kekal, perkukuh dan tambah baik,” katanya sambil menambah jumlah pengeluaran pasport setakat 15 Julai lepas adalah sebanyak 1.45 juta.

Bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Julai lepas, Saifuddin Nasution berkata, pergerakan keluar masuk warga Malaysia termasuk penduduk tetap ialah 65.5 juta orang.

“Pergerakan keluar masuk warga asing di Malaysia adalah 35.0 juta dan jumlah pekerja asing adalah 2.36 juta,” katanya.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan