Ulang langgar syarat lesen, kru dan vesel pukat jerut bilis ditahan

LAHAD DATU – Padah melanggar syarat lesen berulang, kru beserta vesel pukat jerut bilis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu di perairan Kunak, pada Isnin.

Pengarah Maritim Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, vesel terbabit ditahan di kedudukan 0.1 batu nautika selatan Pulau Maganting oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia menerusi OP PLUTO TIMUR 2/2013 dan OP TIRIS 3.0 kira-kira pukul 5.40 petang.

“Vesel dikendalikan empat warga tempatan berumur 31 hingga 59 tahun bersama hasil tangkapan seberat dua kilogram.

“Bagaimanapun mereka ditahan selepas didapati melakukan kesalahan di bawah
Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu memukat kurang dari 1.5 batu nautika dari daratan terhampir.

“Vesel ini pernah melakukan kesalahan yang sama pada tahun lepas dam telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Menurut Dzulfikar, kru dan vesel berserta hasil tangkapan dianggarkan bernilai RM90,000 kemudian dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Tegasnya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan insiden di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu melalui aplikasi Whatsapp 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera,” ujarnya.

Related Posts

Operasi bersama pelbagai agensi banteras aktiviti pencurian elektrik di setinggan

SANDAKAN – Sabah Electricity menyertai operasi bersepadu berskala besar yang diketuai Suruhanjaya Tenaga Sabah pada 22 dan 23 April lalu di dua penempatan setinggan di daerah ini dalam usaha membanteras…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komited berkhidmat penuh keikhlasan, petugas kesihatan diakui galas amanah besar 

MASJID TANAH – Pengorbanan dan jasa petugas kesihatan terus mendapat perhatian kerajaan negeri apabila lebih 200 keluarga besar warga kesihatan Parlimen Masjid Tanah diraikan pada Majlis Santunan Seuntai Kasih, Semekar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi bersama pelbagai agensi banteras aktiviti pencurian elektrik di setinggan

Operasi bersama pelbagai agensi banteras aktiviti pencurian elektrik di setinggan

Komited berkhidmat penuh keikhlasan, petugas kesihatan diakui galas amanah besar 

Komited berkhidmat penuh keikhlasan, petugas kesihatan diakui galas amanah besar 

Prihatin beban peniaga, kadar sewa premis dikurangkan 20 peratus

Prihatin beban peniaga, kadar sewa premis dikurangkan 20 peratus

Hospital Tawau mohon kesan waris, pesakit dirawat sejak April

Hospital Tawau mohon kesan waris, pesakit dirawat sejak April

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak