Ulama UMNO sokong pandangan Syeikh Wazir

PUTRAJAYA – Majlis Ulama UMNO bersetuju dengan pandangan ulama pondok Kelantan bahawa Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan sehingga akhir penggal.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Khairuddin Takiri berkata, pentadbiran Perdana Menteri perlu terus dipertahankan supaya rakyat negara ini mendapat manfaat dan selepas itu terpulang kepada rakyat menilai melalui Pilihan Raya Umum (PRU).

“Saya bersetuju dengan pandangan Penasihat Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang bahawa perubahan kerajaan yang kerap dalam masa singkat kurang sesuai untuk negara.

“Kita sudah melalui pengalaman tersebut antara tahun 2018 sehingga 2022 dengan tiga kerajaan dalam masa singkat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, tokoh ulama dari Kelantan itu dilaporkan berkata, beliau berharap pentadbiran Anwar dikekalkan bagi menjamin kestabilan pembangunan Islam dan ekonomi negara yang masih terkesan akibat perubahan kerajaan terlalu kerap.

Syeikh Wazir turut menzahirkan kebimbangannya terhadap usaha pihak tertentu – khususnya pembangkang – yang merancang menjatuhkan Perdana Menteri melalui himpunan di ibu negara pada 26 Julai ini.

Related Posts

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Datuk Ahmad Farhan Fauzi diamanahkan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jawatan tertinggi bukan jaminan jadi calon PKR PRU16

JOHOR BAHRU – Kedudukan sebagai ketua cabang, ketua wanita atau ketua pemuda PKR bukan jaminan dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta