UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid

MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran Media yang berlangsung di Kingwood Hotel, di sini, hari ini.

Bengkel sehari itu melibatkan seramai 50 peserta terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan di Mukah.

“Objektif bengkel ini bagi meningkatkan kompetensi komunikasi bertulis merangkumi penulisan berita, artikel, siaran media serta pengendalian komunikasi krisis”, menurut Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Beliau menegaskan setiap agensi kerajaan perlu bekerjasama rapat dengan UKAS bagi memastikan maklumat, dasar serta inisiatif kerajaan dapat disampaikan secara tepat, berkesan dan menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi.

“UKAS berperanan sebagai unit komunikasi utama di bawah Jabatan Premier Sarawak dalam menghebahkan dasar dan inisiatif kerajaan kepada seluruh lapisan masyarakat, khususnya di Sarawak,” katanya ketika berucap pada bengkel berkenaan.

Menurut Awang Putrayusrie, pelbagai inisiatif pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg perlu disampaikan dengan naratif yang jelas, konsisten dan mudah difahami rakyat.

Bengkel itu turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik menghasilkan siaran media yang mencerminkan suara kerajaan, strategi penglibatan media, penulisan perniagaan serta pengurusan komunikasi awam semasa krisis.

Peserta turut dibimbing oleh fasilitator berpengalaman (Cikgu Emmet) dalam bidang komunikasi strategik dan penulisan media, sekali gus membantu meningkatkan profesionalisme PRO dalam menghadapi cabaran komunikasi kerajaan masa kini.

  • Related Posts

    STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

    SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

    KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

    STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

    MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

    MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

    Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

    • By Ynom
    • April 22, 2026
    Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

    Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

    Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

    Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

    Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

    Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

    Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara