Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan Bloomberg yang didakwa mengelirukan serta tidak berasas berkaitan Ketua Pesuruhjaya, sambil menegaskan ia boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya itu.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan pihaknya memandang serius laporan berkenaan kerana bukan sahaja menjejaskan imej dan reputasi pegawai terbabit, malah mengaitkan suruhanjaya itu secara tidak adil dengan dakwaan salah laku.

“Sebarang gambaran yang menggambarkan kegagalan mengisytiharkan aset adalah tidak tepat dari segi fakta dan mewujudkan tanggapan mengelirukan terhadap integriti serta rangka kerja tadbir urus yang mengawal SPRM dan perkhidmatan awam,” menurut kenyataan itu.

SPRM menjelaskan, pengisytiharan aset oleh penjawat awam tertakluk kepada prosedur pentadbiran serta tadbir urus yang ditetapkan di bawah kerangka perkhidmatan awam dan perlu dikemukakan melalui saluran rasmi kepada pihak berkuasa berkaitan.

Menurut kenyataan tersebut, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah mematuhi sepenuhnya semua keperluan pengisytiharan aset yang berkuat kuasa, termasuk pengisytiharan menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Katanya, pengisytiharan itu meliputi sumber pendapatan serta perolehan dan pelupusan aset, termasuk pegangan saham.

SPRM turut menegaskan sebarang dakwaan yang membayangkan ketidakpatuhan adalah tidak tepat serta memberikan gambaran tidak adil terhadap suruhanjaya itu sebagai agensi penguatkuasaan yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara integriti dan ketelusan.

“Laporan sedemikian secara tidak wajar mengaitkan SPRM dengan dakwaan salah laku dan boleh menjejaskan keyakinan awam terhadap Suruhanjaya,” katanya.

Sehubungan itu, SPRM menegaskan komitmen berterusan untuk menegakkan kepercayaan, integriti dan ketelusan dalam melaksanakan tugas berkanun.

“SPRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan untuk menjejaskan kredibiliti serta keyakinan awam melalui laporan yang tidak tepat dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menjelaskan pegangan saham beliau sebelum ini dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dilaksanakan secara telus serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Laporan News Straits Times, Azam memberitahu beliau tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan berhubung saham bernilai RM800,000 itu, selain menegaskan transaksi tersebut telah diisytiharkan dengan sewajarnya.

Beliau berkata, saham berkenaan dibeli pada tahun lalu dan telah dilupuskan dalam tahun yang sama.

Azam turut menyifatkan laporan yang mempersoalkan urus niaga itu sebagai berniat jahat dan mengelirukan, selain memaklumkan beliau sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang kerana dakwaan tersebut bersifat memfitnah.

Related Posts

Fenomena ‘battle’ di media sosial dikesan ancam maruah

PUTRAJAYA – Wujud keperluan buat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempertingkatkan pemantauan terhadap kandungan siaran langsung yang berunsur lucah, sumbang atau menjatuhkan maruah. Naib Presiden Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca
179 rakyat Malaysia selamat tiba dari Doha menerusi operasi evakuasi

KUALA LUMPUR – Seramai 179 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air dari Doha, Qatar, tengah malam tadi menerusi Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat. Mereka tiba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat