UiTM lantik Siti Nurhaliza sebagai profesor Adjung

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dilantik Profesor Adjung Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam bidang keusahawanan hingga berjaya membina empayar perniagaan tersendiri.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, pelantikan Siti Nurhaliza, 46, selama dua tahun bermula 15 Oktober hingga 15 Oktober 2027 itu adalah antara langkah signifikan dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan universiti itu.

Beliau berkata, pelantikan Siti Nurhaliza juga adalah pengiktirafan UiTM terhadap sumbangan besar penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang itu, bukan sahaja sebagai ikon seni negara tetapi juga sebagai usahawan wanita berdaya saing.

“Kejayaannya menampilkan kreativiti, integriti dan daya inovasi dalam perniagaan serta mengangkat jenama tempatan ke peringkat antarabangsa menjadi inspirasi kepada ribuan usahawan muda dan mahasiswa di seluruh negara,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Profesor Adjung Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM di Bangunan Tuanku Canselori Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam hari ini.

Terdahulu, Siti Nurhaliza menerima surat pelantikan Jawatankuasa berkenaan daripada Shahrin disaksikan Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM, Profesor Dr Shafinar Ismail.

Shahrin berkata, UiTM amat berbangga menerima penyanyi nombor satu negara itu sebagai sebahagian daripada keluarga besar universiti dan pelantikan beliau bukan sahaja mengiktiraf kejayaannya dalam industri kreatif dan keusahawanan, tetapi juga menandakan permulaan baharu dalam kolaborasi antara dunia akademik dan industri.

Related Posts

Wali Band teruja lagu masih ‘hidup’ dalam kalangan Gen Z

KOTA KINABALU – Kumpulan popular Indonesia, Wali Band tidak menyangka lagu-lagu mereka masih mendapat tempat di hati peminat-peminatnya di negeri ini apabila lebih 3,000 peminat mereka membanjiri Sabah International Convention…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konsert penghormatan ke-31 Teresa Teng bakal hangatkan Kuching, pacu ekonomi kreatif Sarawak

KUCHING – Penganjuran Konsert Penghormatan Peringatan ke-31 mendiang Teresa Teng yang dijadualkan pada 24 dan 25 Julai 2026 dijangka bukan sahaja mengubat rindu peminat, malah bakal menjadi pemangkin kepada sektor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi